Arus Edaran Punca Gangguan Elektrik Di KLIA 2

Gara-gara wujudnya arus edaran di sepanjang laluan kabel, ia menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) pada 28 Ogos lalu.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan, arus edaran yang terhasil di sepanjang laluan kabel antara Pencawang 33kV yang membekalkan kuasa ke KLIA T2 dengan pencawang 11kV di terminal menyebabkan pemanasan setempat pada penamatan kabel sehingga berlakunya insiden 'flashover'.
"Siasatan teknikal Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mendapati punca utama insiden ialah kewujudan arus edaran yang terhasil di sepanjang laluan kabel.
"Faktor rintangan tanah yang tingg turut menyumbang secara tidak langsung dengan menghalang pelepasan arus ke bumi secara berkesan, sekali gus meningkatkan tekanan haba pada kabel pelindung," katanya menerusi satu kenyataan.
Pada bulan lalu, KLIA Terminal 2 mengalami gangguan elektrik jam 2.15 petang pada 28 Ogos lalu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali kerana menjejaskan imej negara.
Insiden terbabit berlaku ketika Loke berada di KLIA Terminal 2 bagi pelancaran kempen Tap, Travel and Discover anjuran gateway@klia2.
Menurut kenyataan itu, pasukan teknikal MAHB melaksanakan beberapa tindakan segera, antaranya membaiki semua penamatan kabel dan memasang sarung pembatas voltan di lokasi pendawaian silang untuk mengurangkan kesan arus edaran.
Buat masa ini, pasukan teknikal MAHB turut melakukan penilaian dan konfigurasi semula pemasangan pembumian dan menambah baik rejim penyelenggaraan dengan menggabungkan ujian separa nyahcas dan pemeriksaan termografi ke dalam pelan penyelenggaraan pencegahan kabel kuasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6243
SELANGOR
BSS9275
JOHOR
JC6309J
PULAU PINANG
PSE8147
PERAK
APK7529
PAHANG
CFH4837
KEDAH
KGH6154
NEGERI SEMBILAN
NEL4846
KOTA KINABALU
SJT5934
KUCHING
QAB4206P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan
Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.
20-08-2026
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera
Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.
19-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit
Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.
18-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat