Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.
Penyiaran gambar itu menunjukkan bayangan bahawa syarikat terbabit sudah bersiap sedia untuk melancarkannya di Malaysia tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Motor Image tidak mendedahkan banyak maklumat dalam hantaran tersebut, namun laman pratonton rasmi syarikat berkenaan menampilkan banyak butiran teknikal dimana perkara itu sudah dilaporkan ketika debut global model generasi terbaharu itu pada November 2023.


Selain itu, syarikat tersebut turut mengadakan pratonton eksklusif khas untuk pelanggan awal di bilik pameran utama Subaru Petaling Jaya, semalam. Selepas itu, pihak syarikat ada mengesahkan rancangan untuk meneruskan pratonton di bilik pameran terpilih mulai 27 September.
Serentak dengan itu, pra-jualan (tempahan) kini dibuka, walaupun harga rasmi masih belum diumumkan. Dijangka harganya akan hampir dengan model terdahulu sebelum facelift—bermula sekitar RM164,288.
Bercakap tentang model terdahulu, Motor Image turut menawarkannya dengan promosi pelepasan stok istimewa termasuk penjimatan sehingga RM27,000, beserta pakej penyelenggaraan menyeluruh selama 5 tahun.
Beralih kepada model generasi keenam itu, ia kini menggunakan Subaru Global Platform yang dipertingkat dengan kekakuan kilasan meningkat sehingga 10%. Dari segi rekaan, Forester baharu tampil dengan “floating roof”, serta lampu hadapan dan belakang yang direka semula.


Dari segi saiz, Forester baharu ini sedikit lebih besar. Ia kini 31 mm lebih panjang pada 4,656 mm dan 14 mm lebih lebar pada 1,829 mm. Ketinggian 1,730 mm dan jarak roda 2,670 mm pula kekal sama seperti sebelumnya.
Menjengah bahagian kabinnya, rekaan papan pemuka menyerupai model Subaru kontemporari lain. Ia menampilkan stereng dan tombol gear yang sudah dikenali serta skrin infotainmen tengah berorientasi potret dengan antaramuka kawalan pendingin hawa bersepadu.


Selain itu, menurut laman pratonton, unit Forester generasi keenam untuk pasaran Malaysia akan dikuasakan oleh trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) yang sudah dikenali—enjin petrol 2.5 liter Boxer 4 silinder rata dengan output 182 hp dan 247 Nm.
Seperti biasa, enjin ini akan dipadankan dengan transmisi automatik Lineartronic CVT dan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD, iaitu teknologi ikonik Subaru.

Antara kelengkapan lain termasuk Dual X-Mode, sehingga lapan beg udara di kabin, pakej Subaru EyeSight 4.0 ADAS dengan sokongan kamera stereo, kamera parkir 360 darjah, pad pengecas tanpa wayar, pintu but belakang berkuasa, dan banyak lagi.

Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan oleh Motor Image dalam beberapa minggu lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge