Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Hampir setahun selepas membuat penampilan sulung global pertamanya di Paris Motor Show 2024, Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.
Di Thailand, Leapmotor menawarkan tiga varian dengan harga bermula sekitar bawah RM100,000.

Sama seperti model C10, B10 spesifikasi Thai ini akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China, dan hadir dengan dua pilihan bateri, iaitu unit LFP 56.2 kWh. Untuk itu, ia mampu menawarkan jarak pemanduan sehingga 470 km (NEDC).

Bagi bateri berkapasiti LFP 67.1 kWh pula, mampu memberikan jarak pemanduan 560 km (NEDC).



Difahamkan, kedua-dua varian menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) tunggal.
Model spesifikasi rendah mampu menghasilkan kuasa 179 PS dan 175 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam 9.3 saat, manakala versi lebih berkuasa menawarkan kuasa setalat 218 PS dan 240 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j hanya dalam 6.8 saat.
Dari segi pengecasan, semua varian B10 menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 89 kW, dengan pengecasan pantas membolehkan bateri 56.2 kWh dicas dari 30-80% hanya dalam masa 19 minit, manakala bateri 61.7 kWh mengambil masa sekitar 20 minit.
Walaupun tidak banyak gambar didedahkan, B10 spesifikasi Thai kelihatan hampir sama seperti versi yang dilihat di China dan Eropah.
Ia menampilkan rekaan utama yang serupa, termasuk lampu utama LED nipis, bampar hadapan ringkas, panel badan bulat, rim berbilang jejari, dan banyak lagi.

Sebagai SUV EV segmen-C jenama ini, Leapmotor B10 berukuran 4,515 mm panjang dengan jarak roda 2,735 mm, lebar 1,885 mm, dan tinggi 1,655 mm.
Saiz ini meletakkannya sedikit lebih kecil berbanding SUV EV segmen-C popular lain di Thailand seperti Geely EX5 (Proton e.Mas 7), Neta X, GAC Aion V, Deepal S05, dan yang lain.
Dari segi kejuruteraan, B10 dibangunkan bersama Stellantis untuk menawarkan pengendalian dan keselesaan yang lebih baik.
Model ini menggunakan platform CTC 2.0 (Cell-to-Chassis) sama seperti C10. Namun, masih belum dipastikan sama ada B10 spesifikasi Thai akan dilengkapi penyerap hentak talaan Maserati seperti yang terdapat pada C10 spesifikasi tempatan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, butiran lanjut dan harga rasmi Leapmotor B10 di Thailand akan diumumkan pada bulan Oktober menjelang pelancaran rasmi pasaran.
Di China, Leapmotor B10 dijual pada harga bermula 109,800 yuan (RM64,816). Sekiranya Stellantis Malaysia berjaya memulakan operasi CKD untuk B10, kita boleh menjangkakan harga B10 di Malaysia akan hampir sama dengan harga pasaran China.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge