ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjual sebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025. 

Pencapaian ini turut melonjakkan jumlah jualan keseluruhan tahun ini kepada 100,902 unit, sekali gus mengukuhkan kedudukan PROTON di tempat kedua dalam carta jualan industri automotif.

Bulan Ogos juga menyaksikan jumlah keseluruhan industri (TIV) dianggarkan sebanyak 73,890 unit, iaitu paras tertinggi bagi tahun ini.

Seiring dengan peningkatan jualan, anggaran pegangan pasaran PROTON bagi bulan Ogos turut meningkat kepada 20.6%, menyamai pencapaian pada bulan April dan naik 1.3% berbanding Julai. Secara keseluruhan, pegangan pasaran PROTON kini dianggarkan 19.5% bagi tahun 2025.

image.pngimage.png

Di sebalik jualan yang semakin mencanak, Proton X50 baharu terus mengekalkan momentum daripada bulan Julai, apabila 999 unit berjaya diserahkan hanya dalam masa tujuh hari selepas pelancarannya. Dengan tempoh sebulan, jualan melonjak sebanyak 107.3% kepada 4,287 unit, sekali gus menjadikan PROTON X50 sebagai peneraju segmen B-SUV dan SUV paling popular di Malaysia.

image.pngimage.png

Setakat ini, lebih 5,000 unit telah berada di tangan pelanggan hanya dalam 38 hari selepas pelancaran rasmi.

Selain itu, dua model ICE turut mengekalkan kedudukan sebagai peneraju segmen. PROTON X90 sebanyak 220 unit, mengekalkan status sebagai SUV segmen D paling laris, manakala PROTON S70 terus kekal sebagai sedan segmen C paling laris dengan jualan 1,210 unit, menjadikan jumlah terkumpul tahun ini kepada 11,960 unit.

Sebulan selepas meraikan ulang tahun ke-40, PROTON Saga kekal sebagai model paling laris PROTON. Dengan jualan 6,331 unitpada Ogos, ia merekodkan bulan kedua berturut-turut melepasi paras 6,000 unit dan kini mengumpul 44,676 unit tahun ini, sekali gus membuktikan popularitinya walaupun terdapat spekulasi mengenai pelancaran model baharu.

image.png

Sementara itu, PROTON X70 sebanyak 627 unit dengan jumlah terkumpul 5,598 unit setakat ini, meningkat 39.4% berbanding tahun 2024. Model Persona dan Iriz masing-masing menyumbang 1,379 unit dan 305 unit pada bulan Ogos. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Zhang Qiang berkata,  Ogos merupakan bulan bersejarah untuk PROTON.

"Kami mencapai prestasi jualan bulanan terbaik dalam tempoh tiga tahun dan berjaya melepasi angka enam digit untuk jualan tahun ini. Ini membuktikan momentum pasaran yang berterusan. Dengan pelbagai model baharu dalam perancangan, kami yakin dapat mengekalkan prestasi ini dan menutup tahun 2025 dengan pencapaian lebih tinggi,” katanya.

image.pngimage.png

Malah, Proton e.MAS 7 kekal sebagai penyumbang utama dengan jualan 852 unit pada Ogos, meningkat 20.7 peratus berbanding Julai. Jumlah terkumpul model itu kini mencecah 5,811 unit.

image.png

Dengan pelancaran yang bakal tiba bagi Proton e.MAS 5, EV mampu milik pertama negara, serta perasmian Kilang EV PROTON di Tanjong Malim, PROTON optimis jualan EV akan terus mendapat sambutan baik.

Untuk itu, jualan eksport PROTON kini 49% lebih tinggi berbanding tahun lalu. Ogos merupakan bulan terbaik bagi eksport dengan 586 unit dihantar ke pelbagai pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah terkumpul 3,144 unit.

Model utama bagi pasaran eksport ialah PROTON X50, diikuti Saga dan Proton e.MAS 7. Malah, Proton e.MAS 7 dijangka mencatatkan peningkatan menjelang akhir tahun apabila ia bakal dilancarkan secara rasmi di Singapura pada 17 September.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

16-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.