SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Pelantikan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkukuh pasukan kepimpinan ketika memasuki fasa pertumbuhan seterusnya di Malaysia, dengan tumpuan kepada pengembangan jenama MG, memperkaya pengalaman pelanggan dan mempertingkatkan perkhidmatan selepas jualan.
Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam industri automotif, Hoffen membawa kepakaran yang mendalam dalam pembangunan produk, strategi pemasaran serta perancangan pengeluaran dan pembuatan tempatan.
Hoffen, graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Universiti London (UCL), mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam operasi dan perancangan strategik melalui pelbagai jawatan pengurusan kanan yang pernah disandangnya.
Beliau juga merupakan ahli majlis aktif Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan berkhidmat dalam jawatankuasa eksekutif MyZEVA (Persatuan Kenderaan Sifar Pelepasan Malaysia), di mana beliau giat memperjuangkan elektrifikasi kenderaan dan kemajuan mobiliti hijau di negara ini.


“Saya yakin kepimpinan dan pengalaman luas Hoffen akan membawa hala tuju baharu kepada SAIC Motor Malaysia, terutama dalam pembangunan strategik dan penstrukturan organisasi,” kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.
“Dengan momentum MG yang semakin meningkat, kami optimis untuk memulakan pengeluaran tempatan tidak lama lagi, satu langkah penting yang akan membolehkan kami memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan memperkukuh kedudukan MG di pasaran Malaysia," katanya
Sebagai COO, Hoffen akan menyelia operasi jualan, produk dan pemasaran, sambil menerajui inisiatif untuk mengembangkan rangkaian peniaga MG, memperluas portfolio produk serta mempercepatkan pelaksanaan pelan hala tuju kenderaan tenaga hijau syarikat.
Beliau juga akan memberi tumpuan kepada peningkatan titik sentuh pelanggan, memperkenalkan pengalaman runcit yang inovatif dan memacu penyelesaian mobiliti yang mampan serta bersedia untuk masa hadapan, bagi meningkatkan daya saing MG di pasaran tempatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge