300 Unit Van DRT Mesra OKU Ditambah Bermula Februari
Sofea Najmi
20-1-2025
Lebih 300 van baharu untuk perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) akan disediakan di sekitar stesen tren RapidKL. Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah kesalinghubungan dari dan ke stesen tren, atau dikenali sebagai isu ‘first mile last mile,’ jelas Prasarana Malaysia Bhd.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa inisiatif ini akan membantu penumpang menjimatkan masa perjalanan ke stesen pengangkutan awam, sekali gus meningkatkan penggunaan pengangkutan awam secara keseluruhan.
“Prasarana melalui RapidKL akan memperkenalkan 300 van van bergerak di Lembah klang berdekatan stesen awam untuk membawa penumpang, dan (seterusnya) menyelesaikan isu ‘first mile last mile’.
“Sebanyak 20 van telah diguna pakai sejak tahun lalu, dan ia memang popular dan ramai suka kerana kita hanya caj RM1 untuk satu perjalanan," ujarnya.
Jelasnya lagi, proses operasi 300 van itu akan dimulakan secara berperingkat antara Februari hingga Jun depan.
Laluan Rapid DRT
Perkhidmatan Rapid DRT kini beroperasi di beberapa laluan di Lembah Klang, termasuk LRT Alam Megah, LRT Taman Paramount, LRT Taman Bahagia, LRT Sri Rampai, LRT Glenmarie, LRT Sri Petaling, LRT Taman Melati, LRT Asia Jaya. Di Pulau Pinang, laluan Rapid DRT menghubungkan kawasan Farlim ke daerah Air Itam.
Untuk memanfaatkan sistem pengangkutan Rapid DRT, penumpang perlu memilih lokasi tertentu melalui aplikasi MyRapid Pulse. Setelah membuat tempahan, masa menunggu untuk diambil adalah sekitar lima minit. Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari 6 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.
Pembayaran tambang sebanyak RM1 boleh dibuat menggunakan tunai, MyCity Pass, Family Pass, Kad Konsesi MyRapid, Touch 'n Go atau Free Travel Pass untuk OKU Smile. Bagi pemegang My50 Unlimited Travel Pass, perjalanan adalah percuma.
310 Unit Bas Diesel Yang Terakhir
Selain van DRT, Prasarana turut akan menambah 310 bas diesel baharu dalam perkhidmatan. Bas-bas ini merupakan kumpulan terakhir sebelum kerajaan beralih kepada sistem bas awam yang lebih mesra alam pada masa hadapan.
Selesaikan Isu Akses Ke Stesen Tren
Pengguna di Lembah Klang sering berhadapan kesukaran untuk mengakses stesen tren, terutamanya dengan berjalan kaki. Prasarana telah memperkenalkan perkhidmatan DRT pada fasa pertama dengan 30 van, di mana 10 daripadanya dilengkapi ciri keselamatan tinggi dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU).
Prasarana juga merancang untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke kawasan lain seperti Putrajaya, Kajang, Ampang, serta kawasan tanpa perkhidmatan rel atau Rapid Bus seperti Kuala Kubu Bharu.
Sumber: Astro Awani
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC6592
SELANGOR
BSE5903
JOHOR
JXW8591
PULAU PINANG
PRQ4841
PERAK
ANV5223
PAHANG
CFB7182
KEDAH
KGA4924
NEGERI SEMBILAN
NEF7973
KOTA KINABALU
SJK8358
KUCHING
QAB3354L
Terakhir Kemas Kini 10 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
-0.08
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
-0.08
EURO 5 B7
RM 3.00
-0.08
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Berita Berkaitan
Selangor Akan Perluas Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan Ke Seluruh Negeri
Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) yang dilancarkan baru-baru ini akan diperluaskan oleh kerajaan negeri Selangor
09-03-2023
Van 'On-Demand' Bakal Disediakan Di Kawasan Tanpa Pengangkutan Awam
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melancarkan inisiatif Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan (DRT).
18-12-2023
Letupan Gas Putra Heights: Rapid KL Sediakan Van Untuk Hantar Pelajar Terjejas Ke Sekolah
Beberapa van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas akibat insiden kebakaran itu.
08-04-2025
Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan Pas MyTourist, satu inisiatif yang memberi kemudahan perjalanan tanpa had kepada pelancong.
11-11-2024
Terlambat Sebab LRT? Dapatkan 'Slip Kelewatan Tren' Di Kaunter
Pernah terlewat sampai ke tempat kerja atau sekolah sebab tren lambat? Ini solusinya untuk elak dimarahi bos.
01-08-2024
Rapid KL Tambah 310 Bas Diesel Baharu Menjelang Hujung 2024, Ini Sebabnya...
Rapid KL sedang menyelaraskan semula 35 laluan bas, ini antara yang akan dilakukan...
02-04-2024
PERHATIAN: Buat Semua Pengguna MRT, LRT, MONOREL!
Perjalanan pengguna akan menjadi lebih lancar dengan penambahan dan peningkatan kekerapan tren.
12-03-2024
Berita Terkini
MAS 2025: Himpunan EV Tertinggi Setakat Ini, Lebih 500 Kenderaan
Pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), membuka tirainya hari ini dengan kehadiran pelbagai teknologi mobiliti masa depan.
09-05-2025
Lega, Harga Runcit RON97, Diesel Turun 8 Sen
Harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing diturunkan lapan sen seliter.
07-05-2025
Sidang Kemuncak ASEAN: Kakitangan Kerajaan Boleh Kerja Dari Rumah
Penjawat awam boleh memohon untuk bekerja dari rumah.
07-05-2025
Stesen LRT Glenmarie: Lokasi Pencuri Bateri Kereta
Stesen LRT Glenmarie kini menjadi sasaran pencuri bateri kereta.
07-05-2025
Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?
Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu ‘Shifting The Future’.
07-05-2025
Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!
Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.
06-05-2025
Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV
Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.
06-05-2025
Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan
Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
06-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat