ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahun 2024: Perodua Cipta Rekod Luar Biasa, Berjaya Jual 358,102 Kereta

Suhana Veru

7-1-2025

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, Perodua mencatat jualan sebanyak 358,102 unit kenderaan bagi tahun 2024 sahaja.

Rekod luar biasa itu mencatatkan  rekod pendaftaran tertinggi dengan peningkatan sebanyak 8.4% dan berjaya mengatasi pencapaian pada tahun 2023 iaitu 330,325 unit kenderaan.

image.pngimage.png

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya telah mengatasi kapasiti asal iaitu sebanyak 320,000 unit.

“Pencapaian ini menunjukkan potensi sebenar kami dan akan menjadi penanda aras bagi industri untuk tempoh beberapa tahun akan datang. 

“Untuk itu, kami ingin berterima kasih kepada kakitangan kami kerana telah membuktikan kita boleh melakukan lebih daripada apa yang dijangka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai prestasi Perodua, beliau berkata, pihaknya menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 814,000 unit kenderaan bagi tahun 2024. dan daripada jumlah itu, 44% disumbangkan oleh Perodua.

image.png

“ Berdasarkan peratusan itu, kami menjangka Perodua akan menjadi pemacu utama pertumbuhan tahun lalu,” tambahnya.

Dari segi pengeluaran, Perodua mengeluarkan 368,100 kenderaan pada 2024, yang juga jumlah pengeluaran tertinggi sepanjang 30 tahun operasi jualannya, dengan peningkatan sebanyak 7.2 % daripada 343,400 yang dicatatkan pada 2023.

Bagi asas suku ke suku tahun, pendaftaran kenderaan Perodua adalah sebanyak 97,741 unit antara Oktober ke Disember 2024.

image.png

Ini menunjukkan, peningkatan sebanyak 0.7% daripada97,098 unit yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2023.

Sementara itu, bagi bulan Disember 2024, Perodua mencatat jualan sebanyak 32,202 unit iaitu peningkatan sebanyak 3.2% berbanding 31,210 unit pada Disember 2023.

Bagi aspek selepas jualan, Perodua menyaksikan peningkatan sebanyak 9.7% untuk jumlah kereta yang diselenggara kepada 3.4 juta berbanding 3.1 juta pada 2023.

Untuk itu, Perodua yakin tahun 2025 akan memberikan peluang dan cabaran baharu  termasuklah persaingan yang semakin meningkat daripada jenama automotif baharu dalam pasaran.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPE6847

SELANGOR

BSF1459

JOHOR

JXY4631

PULAU PINANG

PRR710

PERAK

ANW2241

PAHANG

CFB8649

KEDAH

KGA7252

NEGERI SEMBILAN

NEG852

KOTA KINABALU

SJL294

KUCHING

QAB4385L

Terakhir Kemas Kini 29 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.77

-0.03

EURO 5 B7

RM 2.97

-0.03

Terakhir Kemas Kini 29 May, 2025

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Diesel Turun 3 Sen Bermula 29 Mei - 4 Jun 2025

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 3 sen kepada RM2.77 seliter bagi tempoh 29 Mei hingga 4 Jun 2025.

28-05-2025
Berita Auto

Keuntungan Sime Darby Menjunam 43%, Prestasi FY2025 Dijangka Terjejas

Sime Darby Bhd menjangkakan prestasi kewangan terasnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (FY2025) akan lebih lemah berbanding tahun sebelumnya.

28-05-2025
Berita Auto

Era Sime Darby Sebagai Pengedar Eksklusif Tamat, Hyundai Motors Malaysia Ambil Alih!

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini tidak lagi disenaraikan sebagai pengedar eksklusif di laman global Hyundai.

28-05-2025
Berita Auto

Jangan Beri Makanan Pada Gajah Kerana Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya

Perbuatan meletakkan makanan di tepi jalan tidak sepatutnya dijadikan amalan kerana ia boleh mengubah perilaku haiwan liar dan membahayakan pengguna jalan raya.

28-05-2025
Berita Auto

RON95 Hanya Untuk Kita, Kerajaan Bakal Perketat Jualan RON95 Kepada Warga Asing

Kerajaan akan perketat penjualan RON95 kepada warga asing menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 tahun ini.

27-05-2025
Berita Auto

Subsidi RON95: Kerajaan Bakal Guna MyKad Kerana Lebih Mudah

Kerajaan sudah memutuskan untuk menggunakan dalam pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dibuat tidak lama lagi.

27-05-2025
Berita Auto

Tular: Bas Smart Selangor Lewat Di Subang Jaya, Rupanya Lambat Mohon Permit, Aktiviti Orang Ramai Pula Terganggu

Kelewatan syarikat pengendali mengemukakan permohonan permit kepada APAD menjadi punca lima laluan bas henti-henti Smart Selangor terjejas.

27-05-2025
Berita Auto

Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ

Bilik pameran baharu itu akan menjadi lokasi eksklusif untuk mempamerkan semua model Suzuki baharu yang memasuki pasaran Malaysia.

26-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.