ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Tak Boleh Perbaharui Lesen & Cukai Jalan Kalau Tak Selesai Saman Bermula Julai Ini." – JPJ

Sofea Najmi

Kongsi melalui

kamera-awas.jpg


Tiga jenis saman termasuk  AwAS perlu dijelaskan agar tidak disenarai hitam


Ada tunggakan saman? Selesaikan secepatnya, kerana bermula Julai ini, pemilik kenderaan yang tidak menyelesaikan bayaran saman membabitkan tiga jenis notis daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikenakan sekatan urus niaga di jabatan itu dan disenarai hitam.


Berikut adalah tiga jenis notis saman yang terlibat:

  1. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) atau Saman 53A.
  2. Notis Temu Siasat (114).
  3. Notis Saman Tampal atau JPJ(P)23 (115).

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, sekatan ini akan dikuatkuasakan selepas tempoh tawaran kompaun khas berakhir pada 30 Jun. Tawaran kompaun itu kini sedang berlangsung dengan kadar rata RM150 bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut.


Tindakan Tegas Menanti


thumb-LESEN.jpg


Aedy Fadly menjelaskan bahawa pesalah jalan raya yang gagal menjelaskan tunggakan saman akan menghadapi sekatan sehingga bayaran dibuat.


"Mereka tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan selagi tidak menjelaskan tunggakan saman. Jadi sekarang ini kita beri peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai saman tiga kesalahan yang ditetapkan itu untuk menjelaskan segera,” jelasnya. 


Jutaan Saman Belum Dijelaskan


Kaunter-Counter-JPJ.png
Kaunter JPJ

Beliau turut mendedahkan terdapat kira-kira dua juta saman yang masih belum dijelaskan dan menyeru orang ramai memanfaatkan tempoh pemutihan ini. 


“Kita tidak akan cari (pesalah jalan raya) tapi kita sekarang dalam tempoh pemutihan, malah masih ramai belum tahu ada kadar kompaun khas ini," tambahnya.


Pembayaran boleh dibuat melalui kaunter JPJ atau aplikasi MyJPJ


Sumber: BH

Baca: Kamera AwAS Bakal Kesan Purata Kelajuan, Bukan Lagi Kelajuan Di Satu Lokasi

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY3260

SELANGOR

BSQ1729

JOHOR

JYW7972

PULAU PINANG

PSC3568

PERAK

APH5071

PAHANG

CFG5347

KEDAH

KGG319

NEGERI SEMBILAN

NEK4285

KOTA KINABALU

SJR9813

KUCHING

QAB7754N

Terakhir Kemas Kini 21 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka

Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!

21-05-2026
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu

Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.

21-05-2026
Berita Auto

Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!

20-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, RON97 Tanpa Subsidi, Diesel Naik

Harga Bahan Api Tanpa Subsidi Naik Lagi.

20-05-2026
Berita Auto

iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen

Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!

20-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Beli Kereta Mewah Mampu, Tapi Liat Bayar Cukai Jalan

Mampu Beli Porsche, Cukai Jalan Pula ‘Sangkut’ Sejak 2020! Alasan Pemilik Kereta Mewah Bikin JPJ Geleng Kepala.

20-05-2026
Berita Auto

Nak Marketing Letup Akhirnya Masuk Lokap

Padah bakar suar di Bukit Bintang.

19-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.