Beli Proton Waja, Persona Untuk Seludup Petrol, Diesel

Nampaknya, penyeludup petrol dan diesel sanggup membeli kereta terpakai Malaysia terutama Proton Waja dan Proton Persona bagi memudahkan mereka mendalangi kegiatan penyeludupan bahan api berkenaan.
Perkara itu didedahkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail.
Menurutnya, tujuan mereka membeli kenderaan Malaysia bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Mereka juga mengeksploitasi kelemahan sistem pemantauan dan kekangan kawalan sempadan untuk melakukan pengisian berulang, terutamanya di kawasan berdekatan ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) dan sempadan negeri," katanya.

Sehubungan itu, KPDN sedang memperketatkan kawalan melalui risikan rentas sempadan, semakan nombor pendaftaran kenderaan, serta kolaborasi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengenalpasti dan menyekat taktik penyeludup yang menggunakan kenderaan Malaysia secara haram untuk aktiviti penyelewengan.
Menurutnya, selain membeli kenderaan Malaysia, sindiket penyeludupan juga mengupah individu tertentu untuk melakukan pengisian petrol dan diesel secara berulang di stesen minyak.
"Individu yang diupah ini terdiri daripada penduduk tempatan, warga emas dan pelajar selain wanita turut digunakan sebagai 'runner' dan 'transporter' untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Upah yang diterima bagi setiap trip dianggarkan antara RM60 hingga RM200, bergantung kepada kuantiti bahan api yang diisi dan risiko lokasi," katanya.
Sepanjang lima tahun ini, sebanyak 1,521 kenderaan disita di Kelantan atas kesalahan menyeludup barangan kawalan termasuk petrol dan diesel.
"Kebanyakan kenderaan yang disita adalah jenis kereta persendirian, Proton Waja, Proton Iswara, Proton Wira, MPV dan van kerana memiliki ruang muatan lebih besar dan sesuai untuk pengangkutan bahan petrol dalam jumlah yang banyak.
"Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang disita juga mendapati majoritinya sudah diubah suai, terutamanya pada bahagian tangki minyak, sistem paip dan ruang simpanan tersembunyi.
"Ada kenderaan yang dipasang tangki tambahan buatan sendiri, manakala ada juga yang menggunakan bekas simpanan plastik 10 liter, 30 liter seperti tong air atau tangki fiber yang disorok di bahagian tempat duduk belakang atau bawah lantai kenderaan," katanya.
Terdahulu media melaporkan, bekalan minyak masak paket dan petrol bersubsidi di selatan Thailand termasuk di pekan Sungai Golok tidak pernah terputus selain boleh diperoleh dengan jumlah banyak tanpa had.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1069
SELANGOR
BSU2754
JOHOR
JF3685J
PULAU PINANG
PSG2043
PERAK
APL9680
PAHANG
CFH9447
KEDAH
KGJ3764
NEGERI SEMBILAN
NEM2079
KOTA KINABALU
SJU4490
KUCHING
QAB7220P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge