Chery V23 EV Dilancarkan Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia

Chery melancarkan SUV off-road elektrik terbaharunya, Chery V23 di pasaran Thailand, baru-baru ini.
SUV elektrik ini pada asasnya hanyalah versi iCaur V23 dengan lencana baharu, namun ia mengekalkan spesifikasi dan ciri yang hampir sama, kecuali jenama iCaur digantikan.

Dua varian V23 yang ditawarkan di Thailand, adalah versi pacuan roda belakang (RWD) motor tunggal pada harga THB 699,900 (RM90,927), manakala varian pacuan semua roda (AWD) motor berkembar berharga THB 889,900 (RM115,610).
Varian RWD dilengkapi satu motor elektrik di bahagian belakang dimana ia mampu menghamburkna kuasa setakat 136 PS dan 180 Nm, selain mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11 saat.


Sebaliknya, model AWD menghasilkan output gabungan lebih bertenaga iaitu 211 PS dan 292 Nm, sekaligus memendekkan masa pecutan 0-100 km/j kepada 7.5 saat, walaupun masih perlahan untuk sebuah EV motor berkembar. Had laju kedua-dua varian pula ditetapkan secara elektronik pada hanya 140 km/j.


Dari segi jarak perjalanan, prestasi V23 versi Thailand juga agak sederhana. Bateri LFP 59.95-kWh hanya memberikan jarak 360 km (NEDC) untuk varian RWD, manakala varian AWD pula mampu bergerak sejauh 430 km (NEDC).
Bagi pengecasan, V23 spesifikasi Thailand menyokong pengecasan pantas DC sehingga 105 kW, tetapi hanya untuk varian AWD. Versi RWD pula dihadkan pada 85 kW. Kedua-dua model menyokong pengecasan AC 6.7 kW serta ciri V2L dengan kadar 3.3 kW.


Dari segi reka bentuk, Chery V23 mengekalkan bentuk kotak SUV serta elemen reka bentuk kembarnya iCaur, kecuali lencana iCaur digantikan dengan tulisan Chery.
Selain itu, model ini dilihat hadir dengan lampu utama LED bulat dengan DRL melintang, bonet gaya clamshell, lampu belakang LED berbentuk segi empat tepat, pemegang pintu rata, fender yang menonjol serta pilihan rim 19- atau 21-inci bergantung pada varian.

Menjengah bahagian kabinnya, V23 juga serupa dengan iCaur kerana menampilkan paparan besar 15.4 inci.
Antara kelengkapan lain termasuk suis fizikal untuk kawalan pendingin hawa dan pemilih mod pemanduan, stereng tiga jejari dengan logo Chery, sistem audio tujuh pembesar suara, dan banyak lagi.


Walaupun lebih besar daripada iCaur 03, V23 hanya menawarkan konfigurasi empat tempat duduk, kerana tiada tali pinggang keledar untuk penumpang tengah di kerusi belakang.
Ruang but juga agak kecil iaitu 234 liter, namun terdapat tambahan 80 liter ruang simpanan bawah lantai serta kotak simpanan pada pintu but belakang.

Apa menariknya, Chery V23 bukanlah model iCaur pertama yang dijenamakan semula di Thailand.
Sebelum ini, iCaur 03 telah dijual sebagai Jaecoo J6 sebelum pelancaran globalnya di Malaysia. Dengan ketibaan V23 di rantau Asia Tenggara, adakah Malaysia juga akan menerima SUV EV lasak ini?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat