Diskaun Saman: PDRM Kutip RM640 Juta Saman Sejak 2022

Percaya atau tidak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip sebanyak RM640 juta hasil bayaran saman trafik melalui pelbagai program diskaun yang dilaksanakan sejak 2022.
Jumlah itu merangkumi kutipan daripada lebih 2.7 juta saman yang diselesaikan dari 2022 hingga sembilan bulan tahun ini melalui pelbagai tawaran diskaun antara 30 hingga 60 peratus.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pada 2022, program pengurangan saman sebanyak 50 peratus menarik 327,369 pembayar saman, manakala pada 2024, sebanyak 678,000 saman berjaya diselesaikan dengan kutipan berjumlah RM119 juta.

"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini pula, PDRM menawarkan diskaun 30 hingga 50 peratus dan berjaya mendapatkan penyelesaian 1.73 juta saman dengan kutipan RM249 juta.
"Secara keseluruhannya, jumlah kutipan bagi 2022 hingga 2025 adalah RM640 juta, bagaimanapun masih ada lebih kurang RM6.6 bilion tunggakan saman," katanya.
Saifuddin Nasution menjelaskan, walaupun program diskaun itu berjaya menggalakkan penyelesaian saman tertunggak, kerajaan mendapati pendekatan berkenaan turut menggalakkan sikap bertangguh atau hanya menunggu tawaran kompaun.
"Apabila diskaun ditawarkan dari semasa ke semasa, ramai yang memilih untuk menunggu tawaran baharu sebelum menjelaskan saman.
"Ini tidak adil kepada mereka yang bertanggungjawab dan bayar awal," katanya.
Justeru, katanya kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu iaitu individu yang membayar awal menikmati potongan yang lebih tinggi berbanding mereka yang membayar lambat.
"Berbeza dengan mereka yang membayar lambat, mereka bukan saja perlu membayar penuh tetapi juga mungkin menghadapi tindakan undang-undang," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge