- Berita
- Kereta Baru
- EV Termurah Malaysia, Proton e.MAS 5, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM60-80K, Mampukah Saingi EV Pertama Perodua Nanti?
EV Termurah Malaysia, Proton e.MAS 5, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM60-80K, Mampukah Saingi EV Pertama Perodua Nanti?

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) anak syarikat milik penuh PROTON, menggegarkan pasaran kenderaan elektrik apabila mendedahkan bahawa model terbaharu mereka, Proton e.MAS 5 hanya akan dijual bermula daripada RM60,000 hingga RM80,000 termasuk bateri.
Pengumuman yang dibuat itu membuatkan Proton e.MAS 5 adalah antara EV paling murah di pasaran setakat ini sekali gus menyaingi Neta V yang dijual pada harga RM99,800 (harga atas jalan tanpa insurans).
Kehadiran Proton e.MAS 5 pada harga yang marhaen itu nampaknya akan memberi tekanan kepada Perodua yang masih dalam proses membangunkan EV pertama mereka. Terdahulu, Perodua ada mendedahkan bahawa EV pertama mereka hanya akan dijual bawah RM80,000 namun Harga itu tidak termasuk dengan baterinya.
Namun ini tidak bermakna, EV Perodua tidak didatangkan bateri tetapi Perodua tampil dengan konsep yang cukup berbeza memandangkan Perodua akan melaksanakan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing.
Ini bermakna bateri akan disewa secara pajakan atau 'leasing' kepada pembeli dan pembeli akan membeli EV itu tetapi membayar "sewa" untuk bateri kerana ia milik Perodua.
Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah Proton e.MAS 5 mampu menyaingi EV pertama Perodua sebaik ia dilancarkan nanti?

Ini kerana Proton e.MAS 5 yang sudah dibuka untuk tempahan sejak semalam hadir dengan dua varian iaitu eMAS 5 Prime dan juga eMAS 5 Premium.
Untuk makluman, varian ‘Prime’hadir dengan pek bateri 30.12 kWh yang menawarkan 250 KM jarak WLTP, manakala ‘Premium’ pula hadir dengan pek bateri lebih besar 40.16 kWh dan jarak lebih jauh 325 KM WLTP.

prestasi motor elektrik versi Premium adalah sekitar 85 kW (114 hp) dengan tork 150 Nm, dan ia mampu memecut dari 0 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dalam 3.9 saat. dimana pecutan itu sebenarnya sudah mencukupi untuk kegunaan di bandar.
Malah satu kelebihan menonjol ialah jejari pusingan hanya 4.95 meter, yang terbaik dalam kelasnya. Ini menjadikan kereta lebih mudah dikendalikan di jalan bandar yang sempit serta kawasan parkir.

Model ini menawarkan ruang but seluas 375 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh ditingkatkan hingga 1,320 liter. Tambahan pula, terdapat ruang frunk seluas 70 liter di hadapan.
Dari segi ciri keselamatan, Proton e.MAS 5 hadir dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengesan Titik Buta, Amaran Lintasan Belakang, Amaran Perlanggaran Belakang dan Bantuan Brek Kecemasan.
Bagi yang berminat, segeralah membuat tempahan kerana 5,000 orang pelanggan pertama boleh membuat tempahan Proton e.MAS 5 dengan hanya membayar yuran tempahan RM99 sahaja. Mereka juga berpeluang menerima Kad Proton e.MAS Touch ‘n Go NFC edisi terhad yang diisi dengan RM100, di samping rebat tambahan sebanyak RM500 untuk bayaran tempahan.
Jika berminat, anda boleh membuat pendaftaran melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di 42 pusat jualan Proton e.MAS di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS9844
SELANGOR
BSN9407
JOHOR
JYU3575
PULAU PINANG
PSB2360
PERAK
APG4632
PAHANG
CFG1394
KEDAH
KGF1731
NEGERI SEMBILAN
NEJ9647
KOTA KINABALU
SJR2593
KUCHING
QAB5195N
Terakhir Kemas Kini 10 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Kenapa GWM WEY G9 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat