- Berita
- Berita Auto
- Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor
Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan sebanyak RM10.692 bilion dalam Belanjawan 2026, naik 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengatakan dana ini akan digunakan untuk mempertingkat kualiti, kemampanan dan keselamatan infrastruktur serta kemudahan awam bagi kepentingan rakyat.
Sebanyak RM1.085 bilion diperuntukkan untuk bajet operasi, berbanding RM1.022 bilion pada 2025, bertujuan memperkasakan keupayaan kakitangan KKR dengan kemahiran dan teknologi terkini. Peruntukan pembangunan sebanyak RM9.607 bilion pula disalurkan kepada projek pembangunan baru dan penyelenggaraan infrastruktur sedia ada.

Program MYJALAN mendapat perhatian khusus dengan peruntukan RM2.5 bilion bagi memastikan jalan persekutuan sentiasa dalam keadaan baik. Di samping itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia akan memasang 3,000 lampu LED di kawasan berisiko kemalangan manakala RM260 juta disediakan untuk kerja keselamatan cerun.
Bagi kerja penyelenggaraan kecil seperti tampalan jalan dan pembaikan lampu isyarat, sejumlah RM30 juta diperuntukkan kepada 115 Jurutera Daerah JKR.

KKR turut memberi keutamaan kepada pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak dengan pelaksanaan beberapa projek utama seperti Pan Borneo Sabah, Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) dan Lebuhraya Trans Borneo (LTB). Projek naik taraf Jalan Durin-Salim di Sibu dan pembinaan Jalan Kalabakan-Simanggaris sepanjang 28 kilometer di Sabah juga diteruskan.
Di Semenanjung, projek yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik di PLUS Juru-Sungai Dua, pembinaan terowong bawah tanah Mount Erskine-Burma di Pulau Pinang, naik taraf Lebuhraya Senai-Desaru di Johor, jalan baru Masjid Tanah-Telok Gong di Melaka, jejambat Batu 9 Cheras di Selangor, serta naik taraf Lebuhraya Kuantan-Segamat dan Jambatan Serengkam-Kuala Wau di Pahang.
Sumber: BERNAMA
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge