ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-X9-EREV-MPV-China-10.jpg


Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China. 


Selain beberapa penambahbaikan visual dan kelengkapan berbanding versi elektrik bateri (BEV), X9 EREV ini turut hadir dengan teknologi penambah jarak baharu jenama itu, Kunpeng Super Range Extension, yang menjanjikan jarak perjalanan keseluruhan lebih daripada 1,600 km!


Ciri Mekanikal MPV Xpeng X9 EREV


Xpeng-X9-EREV-MPV-China-11.jpg


Sistem EREV baharu ini datang dalam bentuk enjin petrol berpengecas turbo 1.5 liter (kod nama: DAM15NTE) dengan output 110 kW (150 PS). Dan sama seperti versi BEV, X9 EREV turut menggunakan binaan elektrikal 800 volt yang menyokong keupayaan pengecasan berkepantasan tinggi, 5C.


Walaupun tiada butiran rasmi diberikan buat masa ini, CarNewsChina melaporkan bahawa enjin turbo digandingkan dengan pek bateri berkapasiti besar 63.3 kWj yang boleh memberikan jarak perjalanan sehingga 452 km jarak dalam mod elektrik sepenuhnya di bawah piawaian CLTC yang lebih longgar. 


Digabungkan dengan tangki bahan api berkapasiti 60 liter, X9 EREV dikatakan mampu bergerak  sehingga 1,602 km, pada kadar penggunaan bahan api serendah 6.4 liter/100 km.


Reka Bentuk Hampir Sama Dengan Versi BEV


Xpeng-X9-EREV-MPV-China-5.jpg


Dari segi visual, X9 EREV baharu kelihatan sangat serupa dengan varian BEV, tetapi dengan beberapa perubahan kecil. Di hadapan, ia masih mengekalkan reka bentuk lampu LED yang sama, ditambah dengan gril jenis tertutup dengan komponen ambilan udara sisi dalam bentuk menegak dan pengambilan udara dua segmen dengan pengatup aktif.


Xpeng-X9-EREV-MPV-China-9.jpgXpeng-X9-EREV-MPV-China-8.jpgXpeng-X9-EREV-MPV-China-6.jpgXpeng-X9-EREV-MPV-China-7.jpg


Dari tepi, model EREV terus mempamerkan profil sisi “mecha-futuristik” dengan panel pintu sisi diberikan bentuk yang menyerlah dan lengkungan roda yang melebar, menggunakan rim aloi bersaiz 20 inci. Bahagian belakang juga lebih kurang sama dengan model BEV, dengan perbezaan ketara hanya pada logo "PowerX" baharu yang terletak di bawah logo X9.


Dari segi ukuran, X9 EREV memiliki panjang 5,316 mm, lebar 1,988 mm dan tinggi 1,785 mm dengan jarak roda 3,160 mm, menjadikannya lebih besar daripada versi BEV.


Xpeng-X9-EREV-MPV-China-4.jpg


Setakat ini, Xpeng masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai dalaman mahupun harga untuk X9 EREV baharu tetapi mengesahkan ia akan dilengkapi dengan kerusi "Zero-Gravity" yang sama di barisan kedua.


Peluang Ke Pasaran Global


Penghantaran di China dijadualkan bermula pada suku keempat tahun ini. Buat masa ini, Xpeng masih tidak mengumumkan sama ada model ini akan dilancarkan secara global.

Xpeng-X9-EREV-MPV-China-1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW5725

SELANGOR

BSU7246

JOHOR

JG6417J

PULAU PINANG

PSH642

PERAK

APM6025

PAHANG

CFJ2915

KEDAH

KGJ6533

NEGERI SEMBILAN

NEM4551

KOTA KINABALU

SJU8276

KUCHING

QAB8907P

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

24-09-2025
EV

18-08-2025
EV

15-08-2025
EV

16-04-2025
EV

16-04-2025
EV

04-03-2025
Pandu Uji

24-01-2025
EV

24-01-2025

Berita Terkini

EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.