Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini
Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar sejak model generasi ketiga dilancarkan.
Dengan kod casis D23 atau NP300, Nissan Navara generasi semasa mendapat pujian kerana memakai suspensi belakang multi-link yang lebih selesa untuk jalan raya, menggantikan suspensi leafspring yang lebih tradisional dan tahan lasak (namun pilihan suspensi leafspring juga ditawarkan).
Sepanjang 11 tahun ini, Navara telah 'melalui' pelbagai kemas kini kecil, dan versi terkini yang ditawarkan di pasaran tempatan dikenali sebagai varian 'X-Tremer'.
Rekaan Nissan Navara Generasi Keempat

Nissan Navara generasi semasa (NP300/D23) versi 'X-Tremer'
Navara generasi kali ini yang juga generasi keempat, akan berkongsi platform dengan Mitsubishi Triton terbaru, kerana kedua-dua jenama berada kini di bawah Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance.
Walaupun Nissan menegaskan model baharu ini bukan sekadar sebuah model rebadge Mitsubishi, ‘hubungan’ teknikal antara kedua-dua model ini dapat dilihat dari segi persamaan pelbagai komponen asas.

Navara terbaru bakal berkongsi pelbagai ciri asas dengan Triton
Menurut sumber berita dari Australia, Triton generasi ketiga dan Navara generasi keempat yang akan datang menggunakan struktur ladder-frame sama dan dihasilkan di kilang Mitsubishi di Thailand.






Mitsubishi Triton generasi semasa dengan spesifikasi tinggi dalam varian Athlete
Bagaimanapun, sumber dalaman yang menghadiri sesi pratonton eksklusif, mengatakan bahawa terdapat perbezaan ketara pada reka bentuk luar antara kedua-dua model walaupun banyak bahagian seperti kabin dan komponen utama lain masih serupa.
Navara baharu mempunyai identiti visual tersendiri, termasuk kluster lampu siang unik (DRL) yang dibentuk oleh satu bar LED, kluster lampu depan sama dari segi bentuk dan saiz, manakala bahagian belakang menampilkan lampu berbentuk C dan rekaan flatbed sportbar yang unik. Namun, kabin, but dan bahagian roda masih banyak persamaan dengan Triton.
Spekulasi Enjin Nissan Navara Generasi Keempat

Tangkap layar daripada teaser Navara generasi akan datang
Setakat ini, masih belum disahkan sama ada Navara baharu akan menggunakan pakej trenkuasa yang sama dengan Triton yang mempunyai enjin turbodiesel 2.4 liter 4 silinder dengan beberapa tahap kuasa sehingga 204 PS dan 470 Nm. Pilihan transmisi pula ialah manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan dengan mod sport. Triton juga menawarkan teknologi Super Select 4WD-II dan tujuh mod pemanduan serta permukaan jalan.
Kemungkinan Teknologi Hibrid

Model kali ini hadir dengan lampu belakang berbentuk C dan rekaan flatbed sportbar baharu
Laporan dalaman menyebut Nissan mungkin akan memperkenalkan versi hibrid plug-in (PHEV) menggunakan teknologi Mitsubishi untuk pasaran Australia dan New Zealand.
Lebih banyak maklumat dijangka akan didedahkan menjelang pelancarannya kelak. Selepas kemunculan rasmi di peringkat global ini, pasaran terawal yang menerima model ini ialah Australia dan New Zealand dalam separuh pertama 2026.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat