- Berita
- Berita Auto
- Pemandu E-Hailing Dapat Had Tambahan Subsidi BUDI95 Mulai 15 Oktober, Pemilik Bot TIdak Perlu Lesen Memandu Sah
Pemandu E-Hailing Dapat Had Tambahan Subsidi BUDI95 Mulai 15 Oktober, Pemilik Bot TIdak Perlu Lesen Memandu Sah

Kerajaan telah bersetuju memberikan tambahan had kelayakan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) khas kepada pemandu e-hailing sepenuh masa bermula 15 Oktober nanti, umum Kementerian Kewangan (MOF) melalui satu kenyataan rasmi semalam.
MOF menjelaskan bahawa pemandu e-hailing tidak perlu memohon subsidi ini secara individu. Sebaliknya, kerajaan akan berurusan terus dengan syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk pengurusan permohonan secara berkelompok bagi memudahkan proses.


Selain itu, subsidi BUDI95 juga dilanjutkan kepada pemilik bot berdaftar yang merupakan warganegara Malaysia tanpa memerlukan lesen memandu sah. Kerajaan sedang bekerjasama dengan agensi negeri seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bagi mengenalpasti pemilik bot yang layak.
MOF turut memaklumkan bahawa had pembelian subsidi RON95 sebanyak 300 liter sebulan bagi setiap warganegara yang layak akan diteruskan dan disalurkan setiap 1 haribulan.

Setakat jam 6 petang semalam, jumlah transaksi petrol bersubsidi melalui sistem BUDI95 telah mencapai kira-kira RM84.2 juta bagi lebih 42.3 juta liter petrol RON95. Subsidi sebanyak RM27.8 juta telah disalurkan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
-full_normal.jpg)
Sejak pelaksanaan BUDI95 pada 27 September lalu, lebih tiga juta pengguna telah mendapat manfaat dari program ini. Jumlah keseluruhan transaksi melibatkan nilai RM255.6 juta dengan subsidi kerajaan sebanyak RM67 juta untuk 128.4 juta liter petrol.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1817
SELANGOR
BST1296
JOHOR
JC8435J
PULAU PINANG
PSE9277
PERAK
APK8472
PAHANG
CFH5129
KEDAH
KGH6528
NEGERI SEMBILAN
NEL5286
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat