Penggunaan EV Meningkat: Industri Insurans Hadapi Cabaran Baharu

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat di Malaysia kini mengundang cabaran baharu kepada industri insurans.
Ini kerana ia melibatkan pengurusan kos pembaikan yang lebih tinggi sehingga kepada pembangunan piawaian keselamatan dan teknikal yang baharu.
Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Kim Soon.
Menurutnya, peningkatan populariti EV, walaupun positif dari segi kelestarian, turut menyerlahkan keperluan mendesak untuk sektor insurans menyesuaikan diri dengan risiko dan realiti operasi baharu.
“Jualan kenderaan EV dan hibrid telah berkembang dengan pesat kerana pengecualian duti, yang akan tamat pada tahun ini.
“Jualan EV sahaja meningkat lebih 90 peratus dalam separuh pertama tahun ini dan kini mewakili lebih tiga peratus daripada jumlah jualan kereta baharu,” katanya dalam taklimat media separuh pertama 2025.

Jualan kenderaan elektrik dan hibrid menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, didorong oleh pengecualian duti import dan eksais yang dijangka tamat pada penghujung 2025.
Dalam separuh pertama tahun ini, jualan EV melonjak sebanyak 91.4 peratus, menyumbang kepada 3.4 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan kereta baharu, satu trend yang mencerminkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti yang lebih hijau.
“EV adalah model yang sangat berbeza. Ia berfungsi dengan cara yang berbeza dan cara pembaikannya juga berbeza.
“Apa yang kami dapati dan ini agak baharu bagi kami ialah pengalaman kerugian bagi EV sangat berbeza berbanding kereta biasa,” katanya.
Kim Soon berkata, PIAM telah mengkaji data dari pasaran EV yang lebih matang seperti China untuk memahami prestasi kenderaan ini dalam jangka masa panjang.
“Dapatan menunjukkan apabila EV semakin berusia, tabiat pemanduan cenderung berubah, susut nilai berlaku dengan lebih cepat, dan pembaikan menjadi lebih kompleks dan teruk.
“Apabila berlaku kemalangan di bahagian tertentu kenderaan, kadangkala kereta itu langsung tidak boleh dibaiki.
“Kita perlu membina seluruh ekosistem rangkaian pembaikan bateri di Malaysia dan buat masa ini, ia masih belum matang,” katanya.
Beliau berkata, PIAM sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menetapkan piawaian dan keperluan pematuhan yang sewajarnya bagi bengkel EV.
“Tidak seperti kenderaan konvensional, pembaikan EV memerlukan kemahiran khusus dan protokol keselamatan yang ketat.
“Anda sebenarnya memerlukan jurutera elektrik untuk membaiki kereta-kereta ini. Mekanik biasa tidak boleh melakukannya dan ia berbahaya jika dilakukan dengan cara yang salah. Oleh itu, keseluruhan ekosistem ini perlu dibangunkan dengan betul,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge