- Berita
- Berita Auto
- Takut Disita, Pemilik Kenderaan Singapura Bayar Saman Serta-Merta, JPJ Dapat RM1.17 Juta
Takut Disita, Pemilik Kenderaan Singapura Bayar Saman Serta-Merta, JPJ Dapat RM1.17 Juta

Sejumlah 3,910 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang didapati gagal melengkapkan dan mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, kesemua saman ini direkodkan sejak tarikh penguatkuasaan VEP bermula 1 Julai lalu sehingga 20 Oktober. Hasil daripada kutipan saman secara serta-merta yang dilaksanakan telah mencecah angka memberangsangkan, iaitu RM1.17 juta.
Strategi Sita Kenderaan Sangat Berkesan

Datuk Muhammad Kifli mendedahkan bahawa operasi penguatkuasaan ini dijalankan di tiga lokasi strategik di Johor, iaitu di luar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), serta di Taman Daya.
Beliau menegaskan, kaedah penguatkuasaan yang baharu dan ketat ini telah mengatasi masalah pembayaran saman yang sering tertangguh sebelum ini.
"Ini satu kejayaan besar kerana sebelum ini kita tak dapat kutip kompaun saman secara serta merta kerana mereka (pemandu) tangguhkan (bayaran saman) dan enggan bayar, jadi apabila balik ke Singapura, saman tetap tak selesai,” katanya.
Kini, JPJ menggunakan pendekatan yang lebih tegas, mana-mana pemandu yang dikenakan saman ini, kenderaannya akan disita. Pendekatan ini terbukti sangat berkesan dan menyebabkan semua pemandu akur untuk menyelesaikan bayaran secara serta-merta.
Saman RM300 Diselesaikan Serta-Merta

Nilai saman yang ditetapkan bagi kesalahan tidak melengkapkan atau mengaktifkan RFID adalah pada kadar maksimum RM300, dan tiada sebarang diskaun ditawarkan.
Setakat ini, tindakan saman hanya dikenakan terhadap kenderaan persendirian sahaja. Kenderaan syarikat pula menerima amaran awal, dengan 1,269 notis peringatan telah dikeluarkan.
Operasi penguatkuasaan ini dijalankan secara teliti di luar kawasan CIQ bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu.
Datuk Muhammad Kifli turut memaklumkan bahawa meskipun purata kemasukan kenderaan dari Singapura mencecah kira-kira 20,000 unit setiap hari, dan meningkat sehingga 30,000 unit semasa cuti Deepavali baru-baru ini, tiada kesesakan dilaporkan sejak penguatkuasaan VEP pada 1 Julai lalu. Ini membuktikan operasi dijalankan secara lancar dan berkesan.
Sumber: BH
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge