Wanita Maut, Pembahagi Jalan Terperosok Ke Dalam Kereta
.jpg)
Sebuah kereta Bezza yang terbabas menyebabkan pembahagi jalan terperosok ke dalam kenderaan itu, sehingga meragut nyawa seorang wanita di Jalan Puchong Batu 14,Kampung Baru Puchong, malam tadi.
Beberapa gambar yang tular di internet menunjukkan kereta Bezza berwarna hitam itu remuk teruk di bahagian hadapan manakala, pembahagi jalan berada di sebelah penumpang kiri.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu lelaki tempatan berusia 49 tahun, dipercayai pemandu e-hailing.
“Kenderaan itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Terdapat tiga mangsa di dalam kereta iaitu pemandu dan seorang penumpang lelaki berusia 21 tahun yang mengalami cedera ringan, manakala seorang penumpang wanita berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa wanita diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB4470
SELANGOR
BSQ5786
JOHOR
JYX9146
PULAU PINANG
PSC7495
PERAK
APH9416
PAHANG
CFG6981
KEDAH
KGG3797
NEGERI SEMBILAN
NEK5786
KOTA KINABALU
SJS2486
KUCHING
QAB9448N
Terakhir Kemas Kini 10 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: Jetour G700 Malaysia Bakal Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Jetour G700 Sah Ke KLIMS 2026.
09-06-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu
Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.
09-06-2026
KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026
Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.
09-06-2026
KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'
Daripada Klasik Ke IM6 Elektrik, Ini Sebab Kenapa Booth MG Wajib Dikunjungi di KLIMS 2026.
09-06-2026
Patutlah Berani Mati Pandu Mengundur , Rupanya "Lalok"
Sangka pengarah filem tengah shooting, rupa-rupanya, pemandu high.
09-06-2026
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.
08-06-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat