Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City

Xpeng sekali lagi melakar sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City, memudahkan akses kepada pengguna Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Pantai dan Jalan Bangsar.
Pembukaan hab pengecasan ultra pantas ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Xpeng, Charge+, Badan Pengurusan Bersama (JMB) KL Eco City dan pemaju induk S P Setia Berhad. Hab ini merupakan sebahagian daripada rangkaian Supercharging Xpeng Charge+ berkepanjangan 5,000 km yang membabitkan sekurang-kurangnya 20 lokasi pengecas berkepantasan tinggi di Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Stesen terbaru yang dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Xpeng, Charge+, Badan Pengurusan Bersama (JMB) KL Eco City dan pemaju induk S P Setia Berhad ini dilengkapi dengan lima unit pengecas DC ultra pantas yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 350 kW.
Pengecas di KL Eco City ini dibuka kepada semua jenama EV pada harga promosi RM1.125/kWj, lebih murah berbanding caj standard yang dikenakan iaitu RM1.50/kWj.


Lokasi ini adalah antara empat tapak terawal yang beroperasi di bawah kerjasama tersebut, di samping Royal Square Novena dan Downtown East di Singapura, serta One Bangkok di Thailand.
Model terbaharu Xpeng, termasuk G6 facelift yang baru dilancarkan dengan teknologi bateri 5C, mampu memanfaatkan rangkaian ini dengan kelajuan pengecasan mencecah 451 kW.
Pemilik Xpeng turut dapat menikmati kadar istimewa dan diskaun eksklusif selama tiga tahun di hab pengecasan yang dibangunkan melalui usaha kolaborasi ini.

Menjelang hujung tahun 2025, aplikasi Xpeng akan disepadukan dengan sistem Charge+, membolehkan pengguna mencari lokasi, membuat bayaran dan mengurus pengecasan secara terus dari dalam kereta.
Pengerusi Charge+, Ong Tze Boon berkata, "Sebagai pengendali pengecasan EV terbesar di Asia Tenggara, Charge+ komited dalam misi kami untuk memacu mobiliti elektrik di rantau ini menerusi lebuh raya pengecasan EV sepanjang 5,000 km. Hab di KL Eco City merupakan titik penting dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita ini yang akan melancarkan lagi perjalanan rentas sempadan.”
Naib Presiden Eksekutif S P Setia Berhad, Liong Kok Kit menambah, "Kerjasama kami dengan Charge+ mencerminkan visi S P Setia untuk membangunkan bandar yang mampan. Pengenalan hab pengecasan terpantas di Kuala Lumpur ini, meningkatkan kemudahan dan keterhubungan sambil memacu matlamat mobiliti hijau Malaysia."
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge