Zietlow Kini Mahu Cipta Rekod Dunia Dengan Volkswagen ID. Buzz

Pemandu jarak jauh terkenal yang juga pemegang rekod dunia, Rainer Zietlow, kini berada di Malaysia dalam usaha mencatat rekod Guinness World Records dalam menjelajah pelbagai negara dengan menggunakan kenderaan elektrik Volkswagen ID. Buzz.
Sejak memulakan perjalanannya, Zietlow telah merentasi 46 buah negara dalam tempoh 84 hari meliputi jarak lebih 46,400 kilometer dengan kenderaan elektrik Volkswagen ID.Buzz.


Sebelum ini, beliau pernah mencatat rekod dengan memandu Volkswagen Touareg pada tahun 2012 dan kini menggunakan ID. Buzz bagi membukikan rkara yang sama.
Difahamkan, persinggahan ini juga merupakan kali kedua Zietlow di Malaysia, sekali gus memberi peluang kepada para tetamu untuk melihat sendiri kehebatan EV ikonik berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Renate Noessler, Volkswagen berkata, “Misi Rainer menunjukkan bahawa pemanduan bukan sekadar rutin harian, tetapi boleh menjadi satu pengembaraan.
"Volkswagen Minibus sudah lama menjadi ikon dan kegemaran ramai. ID. Buzz membuat kemunculan semula tetapi membawa semangat yang sama tetapi telah diolah semula untuk generasi muda.
"Kehadiran Rainer sebagai pemandu benar- benar menyerlahkan prestasi, ketahanan dan semangat penerokaan yang dihargai serta dikagumi oleh para peminat di seluruh dunia," katanya.


Pemanduan Rainer menjadi bukti bahawa Volkswagen bukan sekadar mengenai reka bentuk ikonik, tetapi juga tentang ketahanan, prestasi dan keberanian melangkaui sempadan.
ID. Buzz bukan sekadar imbauan nostalgia, tetapi satu tafsiran semula penuh kuasa terhadap sebuah lagenda yang dibina untuk mereka yang mahu pergi lebih jauh.

Aspek yang tidak kurang pentingnya dalam usaha mencatat rekod ini ialah tayar GitiSynergy H2 yang dipilih oleh Volkswagen sebagai tayar original untuk ID. Buzz. EV sememangnya memberi cabaran unik kepada tayar, daripada menampung beban pek bateri yang lebih berat, mengawal kuasa tork serta- merta sehinggalah memaksimumkan jarak perjalanan.

Tayar GitiSynergy H2direka untuk memenuhi segala keperluan ini menerusi sebatian bunga tayar termaju, rintangan gulingan yang rendah dan binaan lebih kukuh. Lebih penting lagi, tayar ini turut cemerlang di atas permukaan basah, memastikan kestabilan dan keselamatan di banyak negara yang sentiasa dilanda hujan serta jalan licin.
Timbalan Pengurus Besar, Pemasaran Antarabangsa Giti Tire Group, Shiroo Chia menekankan bahawa perjalanan ini jelas membuktikan keupayaan teknologi Giti.
“Jarak perjalanan Reiner yang sangat jauh ini adalah bukti dunia sebenar terhadap teknologi terkini dan prestasi tayar GitiSynergy H2 yang boleh dipercayai.
"Kami bangga kerana Volkswagen dan pemandu bergantung kepada kemampuan Giti untuk merentasi perjalanan sejauh 80,000km yang melibatkan 70 buah negara," katanya.
Bagi Zietlow pula, kerjasama di antara Volkswagen dan Giti menjadi kunci kejayaan perjalanannya setakat ini.

“Saya sangat gembira kerana Volkswagen dan Giti bersama-sama saya dalam misi ini – prestasi ID. Buzz dan tayar Giti benar-benar menepati jangkaan saya,” katanya. “
Pengalaman pemanduan dan keupayaan secara keseluruhan memang sangat baik. Saya yakin mampu untuk menamatkan percubaan mencatat rekod dunia perjalanan tanpa emisi ini.," jelasnya
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB1354
SELANGOR
BSQ4959
JOHOR
JYX6846
PULAU PINANG
PSC6605
PERAK
APH8479
PAHANG
CFG6591
KEDAH
KGG3241
NEGERI SEMBILAN
NEK5427
KOTA KINABALU
SJS1686
KUCHING
QAB9247N
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat