- Berita
- Berita Auto
- Banjir 2021 Boleh Berulang, Hujan Lebat, Baik Naik Pengangkutan Awam, Ini Tips Untuk Anda!
Banjir 2021 Boleh Berulang, Hujan Lebat, Baik Naik Pengangkutan Awam, Ini Tips Untuk Anda!

Beberapa kawasan berpotensi banjir telah dikenal pasti di ibu negara, sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara ketika ini.
Malah, hujan lebat berterusan sejak semalam menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Shah Alam berhubung tragedi banjir besar pada penghujung tahun 2021 berulang lagi.
Untuk itu, warga kota dan Selangor dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang alik ke tempat kerja dan bagi yang menetap di kawasan hot spot banjir juga disarankan meletakkan kenderaan di tempat tinggi.
Seperti mana diketahui, ketika ini jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 10,460 orang setakat jam 7 pagi ini dengan lapan negeri terjejas.
Di sebalik itu, Carz.com ingin berkongsi beberapa perkara asas untuk persediaan ketika musim banjir. Orang ramai yang memiliki kenderaan disarankan semak insurans sama ada mempunyai perils khas atau tidak.
Untuk makluman anda, perlindungan peril khas ini adalah untuk memberi perlindungan untuk kerosakan kereta akibat kejadian bencana alam seperti banjir, ribut, taufan, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya.

Bagi yang menetap di kawasan banjir, pastikan anda mempunyai peril khas sebelum berhadapan dengan risiko kereta rosak angkara banjir, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai perils khas, anda dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di kawasan tinggi.
Selain itu, warga kota dan Selangor juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana khuatir banjir seperti mana yang berlaku pada tahun 2021 berulang lagi. Malah,sejak pagi tadi hampir semua kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor sesak teruk.
Penulis sendiri tersangkut dalam kesesakan lebih satu jam ketika menghala dari Putra Heights ke Serdang Raya.
Melihat kepada taburan hujan kali ini, kejadian banjir 2021 dilihat boleh berulang memandangkan beberapa kawasan di Shah Alam sudah pun dinaiki air sejak pagi tadi.
Pada 2021, bencana alam termasuk banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut lebih 50 nyawa.
Banjir besar itu sama sekali tidak dijangka terutamanya ia turut melanda Lembah Klang, khususnya Selangor yang padat dengan penduduk, sehingga rakyat dari serata pelosok negara berusaha menabur bakti menghulurkan bantuan.
Hujan lebat berterusan selama dua hari ketika itu menyebabkan Hulu Langat, Kuala Langat, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling dan Kuala Lumpur di Lembah Klang, serta Bentong, Mentakab dan Temerloh di Pahang 'tenggelam.'
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8709
SELANGOR
BSU5416
JOHOR
JG2045J
PULAU PINANG
PSG6453
PERAK
APM4216
PAHANG
CFJ1895
KEDAH
KGJ5443
NEGERI SEMBILAN
NEM3599
KOTA KINABALU
SJU6455
KUCHING
QAB7995P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun
Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.
22-10-2026
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge