ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bentley-Continental-Supersports-20.jpg


Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru, yang diisytiharkan sebagai kereta paling dinamik yang pernah dihasilkan oleh jenama yang berpangkalan di England itu.


Walaupun dibangunkan berasaskan Continental GT versi semasa, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bentley, Frank Walliser, menegaskan bahawa Supersports adalah "sangat berbeza" daripada model kembarnya yang standard. Model ini juga menetapkan beberapa rekod 'pertama' untuk jenama mewah tersebut.


Empat Rekod "Pertama" Bentley


Bentley-Continental-Supersports-3.jpg


Continental Supersports memperkenalkan ciri-ciri unik yang belum pernah dilihat pada mana-mana model pengeluaran Bentley yang lain iaitu:


  • RWD Pertama: Ia adalah model Continental pertama yang menampilkan sistem pacuan roda belakang (RWD) sepenuhnya.
  • Splitter Terbesar: Dipasang dengan pemisah hadapan (front splitter) terbesar dalam sejarah pengeluaran Bentley.
  • Daya Ke Bawah Paling Tinggi: Ia mempunyai daya ke bawah (downforce) paling banyak berbanding Bentley lain yang sah dipandu di jalan raya. 
  • Paling Ringan: Ini merupakan Bentley paling ringan sejak Mark V pada tahun 1940.

Enjin V8 Diberikan Talaan Semula, Jentera Paling Padu


Bentley-Continental-Supersports-19.jpg


Untuk Supersports, Bentley telah membuang semua sistem elektrifikasi yang terdapat pada model standard, sebaliknya memilih enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang menjanjikan prestasi lebih luar biasa. 


Bagi mengimbangi ketiadaan sistem hibrid, jurutera Bentley telah menaik taraf enjin V8 dengan crankcase yang lebih kuat, kepala silinder yang dipertingkatkan dan turbo yang lebih besar.


Bentley-Continental-Supersports-21.jpg


Hasilnya, enjin V8 ini kini menghasilkan 657 hp dan tork 800 Nm, menjadikannya mempunyai kepadatan kuasa tertinggi, pada 164 hp per liter, jika dibandingkan dengan enjin lain pernah dihasilkan Bentley setakat ini. Kuasa ini membolehkan Supersports memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 3.7 saat.


Enjin V8 ini dipadankan dengan sistem transmisi dwi-klac (DCT) 8 kelajuan dari ZF yang sama seperti pada Continental GT standard, tetapi telah ditingkatkan untuk penukaran gear yang lebih tepat dan responsif. Semua kuasa disalurkan kepada roda belakang (RWD).


Selain itu, untuk kawalan yang lebih baik, jurutera telah melebarkan trek belakang kereta sebanyak 16 mm dan mengggabungkan torque vectoring dengan electric limited-slip differential (eLSD). 


Supersports juga menerima penalaan stereng dan suspensi yang unik, selain mengekalkan sistem pengendalian roda belakang dan suspensi udara.


Model Paling Ringan, ‘Diet’ Setengah Tan


Bentley-Continental-Supersports-4.jpg


Model ini diberikan pengurangan berat yang agresif dengan penyingkiran sistem hibrid, pacuan semua roda (AWD) dan tempat duduk belakang, serta penggunaan bumbung gentian karbon. Hasilnya, berat kenderaan versi berprestasi tinggi ini hanyalah 2,000 kg. Angka ini adalah setengah tan lebih ringan jika dibandingkan dengan Continental GT Speed versi standard, menjadikan model ini sebagai Bentley versi pengeluaran paling ringan sejak model Mark V yang dikeluarkan pada tahun 1940.


Aero Kit Agresif & Kabin Sporty


Bentley-Continental-Supersports-1.jpgBentley-Continental-Supersports-5.jpgBentley-Continental-Supersports-7.jpg


Continental Supersports turut menerima beberapa peningkatan aerodinamik yang ketara pada bahagian badannya dan sentuhan sporty di ruang kabin.


Bentley-Continental-Supersports-8.jpgBentley-Continental-Supersports-6.jpg


Di bahagian luar, seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini diberikan bampar hadapan baharu yang menampilkan front splitter terbesar yang pernah dilihat pada Bentley. Ciri lain termasuk gril hadapan dengan logo nombor 8, ambang sisi yang tebal, bilah sayap besar, diffuser belakang yang lebih menonjol, spoiler ducktail dan rim aluminium dwi-lima jejari 22 inci baharu, bersama pilihan tayar Pirelli P Zero Trofeo RS. 


Bahagian kabin menampilkan reka bentuk yang diilhamkan daripada kereta lumba, dengan penggunaan kemasan dan aksen gentian karbon pada pelbagai sudut. 


Bentley-Continental-Supersports-11.jpgBentley-Continental-Supersports-9.jpgBentley-Continental-Supersports-15.jpgBentley-Continental-Supersports-17.jpg


Setiap unit Supersports hadir dengan pelbagai ciri eksklusif yang termasuk plat peringatan bernombor pada konsol tengah, serta logo Supersports pada papan pemuka dan ambang pintu, menandakan statusnya sebagai sebuah model edisi terhad.


Hanya 500 Unit Ditawarkan


Bentley-Continental-Supersports-2.jpg


Pengeluaran Bentley Continental Supersports serba baharu ini akan dimulakan pada suku keempat tahun hadapan, dengan hanya 500 unit ditawarkan. Setiap unit dianggarkan bernilai sekitar £400,000 (kira-kira RM2.173 juta). Tempahan boleh dibuat seawal Mac 2026, namun dijangka ia akan ‘licin’ terjual sepantas kilat. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY9326

SELANGOR

BSQ3244

JOHOR

JYX2092

PULAU PINANG

PSC4726

PERAK

APH6332

PAHANG

CFG5823

KEDAH

KGG1854

NEGERI SEMBILAN

NEK4764

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8246N

Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

25-07-2024
Global

30-05-2024
Global

17-05-2024
Kereta Baru

30-04-2024
Berita Auto

09-02-2024
Kereta Baru

14-03-2023
Global

26-01-2023
Global

14-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang

Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.

26-05-2026
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.

26-05-2026
Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026
Berita Auto

Jangan Risau, Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Online Sudah Beroperasi Semula

Berita Baik: Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Secara Online Kini Boleh Digunakan Semula.

25-05-2026
Berita Auto

Kes Tukar Hak Milik Tanpa Pengetahuan Pemilik, JPJ Tangguh Urusan Online

Urusan Tukar Nama Kenderaan Kini Wajib Di Kaunter JPJ.

25-05-2026
Berita Auto

Sering Guna Lebuhraya WCE? Ini Aplikasi Wajib Ada Untuk Elak Jem & Kira Kadar Tol

Aplikasi WCE Dipertingkat: Siap Ada AI & CCTV Live Untuk Pantau Trafik Serta-Merta

25-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.