- Berita
- Berita Auto
- Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan
Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Nampaknya ramai yang salah faham apabila Genting Highlands mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan mengenakan caj untuk memasuki kawasan peranginan itu tidak lama lagi.
Untuk itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj kenderaan bagi laluan persendirian milik pengendali di kawasan peranginan itu.
Beliau menegaskan, penggunaan istilah tepat penting bagi mengelakkan kekeliruan, memandangkan negara sudah mempunyai 33 konsesi tol di lebuh raya sedia ada.
Ahmad turut berpandangan, caj kenderaan itu hanya wajar dikenakan kepada pengunjung yang menggunakan laluan berkenaan bagi tujuan rekreasi, pekerja dan pemilik tanah serta premis di kawasan berkenaan tidak dikenakan caj.
"Apakah kesan caj kenderaan itu kepada pihak Genting Highlands? Saya kira jika mereka meletakkan harga yang tinggi, kuranglah pelancong datang ke tempat itu. Itu risiko yang perlu mereka ambil.
"Pelancong akan pergi ke tempat lain yang tidak ada caj ataupun yang bukan jalan persendirian dan pada pandangan saya secara peribadi, pekerja tidak perlulah dikenakan caj," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.
Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang bertanyakan sama ada terdapat akta atau undang-undang khusus berkenaan caj kenderaan yang melalui jalan persendirian, Ahmad berkata, tanah dan jalan yang dibina di atasnya tertakluk kepada kerajaan negeri.
Sebelum ini, Genting Malaysia Berhad mengesahkan akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan maklumat lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan sebaik sahaja butiran lanjut mengenai bayaran bagi jalan persendirian (Caj Jalan Persendirian) tersedia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7321
SELANGOR
BSU2260
JOHOR
JF2603J
PULAU PINANG
PSG1362
PERAK
APL9115
PAHANG
CFH9235
KEDAH
KGJ3470
NEGERI SEMBILAN
NEM1826
KOTA KINABALU
SJU4263
KUCHING
QAB7059P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Raya 2022: Ini Senarai 30 Tol Percuma, Diskaun Hingga 50 Peratus
Senarai tol percuma dan juga tol berdiskaun sempenan Hari Raya Aidilfitri.
26-04-2022
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat