Harga Kereta Naik, Kerajaan Cari Kaedah Kurangkan Kesan Kenaikan Harga Kereta

Harga kereta bakal naik bermula tahun depan?
Untuk itu, kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras penguatkuasaan peraturan cukai eksais P.U.(A) 402/2019 yang dijadualkan bermula tahun depan.
Memetik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di akhbar Berita Harian sebagai, berkata kerajaan akan mengambil langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan kenaikan harga kenderaan tempatan kepada rakyat.
"Berhubung kesan pelaksanaan peraturan ini kepada peningkatan harga, ia masih belum dapat dipastikan memandangkan model perniagaan syarikat pemasang kenderaan tempatan adalah berbeza antara satu sama lain menyebabkan berlakunya ketidakseragaman pengenaan cukai eksais ke atas kenderaan yang dikilang.
"Kerajaan telah membuat pengumpulan data dan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak industri bagi mendapatkan pandangan serta penyelesaian kepada isu yang berbangkit.
"Sehubungan itu, kerajaan kini sedang mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras dengan penguatkuasaanperaturan P.U. (A) 402/2019," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.
Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, pada ketika ini, pengecualian terhadap pelaksanaan peraturan P.U. (A) 402/2019 diberikan eksklusif untuk pengilang bagi pemasangan kenderaan tempatan (CKD) sahaja.
"Pengecualian ini diputuskan susulan kebimbangan pihak industri automatif tempatan mengenai kenaikan harga kenderaan secara mendadak.

"Ia kesan daripada penguatkuasaan peraturan tersebut dan bagi membolehkan industri bersedia dengan pelaksanaan peraturan P.U. (A) 402/2019 kelak," katanya.
Sebelum ini dilaporkan, harga kenderaan dijangka naik tahun depan, susulan penguatkuasaan peraturan cukai eksais baharu, P.U.(A) 402/2019 yang dijadualkan bermula pada 2026.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu penjelasan lanjut berhubung pembaharuan pengenaan cukai tersebut daripada Kementerian Kewangan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB7683
SELANGOR
BSQ6674
JOHOR
JYY2783
PULAU PINANG
PSC8479
PERAK
APJ745
PAHANG
CFG7302
KEDAH
KGG4258
NEGERI SEMBILAN
NEK6084
KOTA KINABALU
SJS3240
KUCHING
QAB9603N
Terakhir Kemas Kini 13 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?
'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?
12-06-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal
Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.
10-06-2026
KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026
Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/
10-06-2026
Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas
Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.
10-06-2026
CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?
Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ
10-06-2026
KLIMS 2026: Jetour G700 Malaysia Bakal Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Jetour G700 Sah Ke KLIMS 2026.
09-06-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat