Ini Dia SUV Ruggged, Kia EV5 Weekender, Lasak, Macho Habis

Selain jenama China, pengeluar automotif Korea, Kia, turut mencuri tumpuan di pameran Auto Guangzhou 2025 yang sedang berlangsung ketika ini apabila memperkenalkan model konsep terbaharunya yang dikenali sebagai Kia EV5 Weekender.
Model yang dibangunkan oleh Pasukan Reka Bentuk Gaya Kia China, sebenarnya telah direka semula menjadi sebuah SUV EV lasak.


Menjadi model Kia keempat yang memakai lencana Weekender, EV5 Weekender meneruskan trend seperti mana pendahulunya dengan menampilkan rupa luar yang rugged selain dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik.

Untuk makluman, EV5 Weekender dipadankan dengan tayar yang lasak, manakala suspensi juga ditinggikan untuk membuatkan SUV elektrik ini kelihatan lebih gagah.
Bukan itu sahaja, jarak kelegaan tanah juga dilihat agak tinggi berbanding SUV jenama lain.
Bagi menonjolkan ia sebuah SUV lasak, ia hadir dengan lapisan plastik bawah badan berwarna kelabu dengan pelindung skid plates, ada sambungan fender yang lebih lebar, skirt sisi yang lebih tebal, serta bampar hadapan dan belakang juga kelihatan agak agresif.
Ia yang hadir dengan warna hijau limau turut menampilkan bentuk lampu depan yang agak menarik selain terdapat juga rak bumbung.
Ciri-ciri ini membuatkan ia bukan sahaja sebuah SUV lasak tetapi sudah pastinya mampu meredah permukaan tinggi mahupun banjir.

Sementara itu, melihat kabinnya, warna kuning yang dipadankan dengan warna kelabu membuatkan ia cukup menyerlah.
Selain itu, ia dilengkapi dengan stereng tiga jejari baharu, susun atur konsol tengahnya telah diolah semula dimana ia kini hadir dengan pelbagai ruang simpanan, liang udara pendingin hawa yang direka semula, upholsteri bertekstur 3D baharu dan banyak lagi.


Melihat ruang kargonya, para pereka Kia telah melengkapkan EV5 Weekender dengan pelbagai ruang simpanan dan slot peralatan, selain beberapa pemegang cawan tambahan dan rel pada pelapik bumbung untuk membolehkan si pemilik dapat mengikat peralatan atau barangan dengan mudah.

Memandangkan ia masih dalam bentuk konsep, Kia belum mendedahkan sebarang spesifikasi mengenai rangkaian kuasa EV5 Weekender.
Sebaliknya, kami kami menjangkakan kereta konsep ini mungkin mendapat set penyerap hentak baharu berdasarkan rupanya yang ditinggikan.
Untuk pengetahuan anda, Kia EV5 yang ada sekarang menggunakan platform E-GMP yang sama seperti banyak EV moden Kia dan Hyundai, dan ia ditawarkan dalam bentuk FWD serta AWD.

Setakat ini, Kia masih belum mengumumkan sebarang perancangan untuk mengubah EV5 Weekender menjadi model produksi sebenar.
Hakikatnya, tidak mengejutkan jika Kia menawarkan versi Weekender yang lebih ‘low-profile’ untuk EV5, mungkin sebagai varian rugged baharu atau EV5 GT yang sporty, yang bakal membuat penampilannya tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4824
SELANGOR
BSU7058
JOHOR
JG6045J
PULAU PINANG
PSH271
PERAK
APM5875
PAHANG
CFJ2852
KEDAH
KGJ6462
NEGERI SEMBILAN
NEM4429
KOTA KINABALU
SJU8092
KUCHING
QAB8745P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge