Kenapa Permohonan Projek ART Masih Belum Diluluskan?

Johor mendesak kerajaan Persekutuan mempercepatkan kelulusan projek pengangkutan rel sebagai persediaan menjelang pengoperasian penuh Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada awal 2027.
Memetik kenyataan Sinar Harian, Exco Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerajaan negeri terbuka bagi pilihan pengangkutan rel Sistem Aliran Transit Automasi (ART) atau Projek Transit Aliran Ringan (LRT) dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor yang menegaskan keperluan mendesak agar projek ini dipercepatkan.
"Cadangan yang dibentangkan melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) adalah ART, dan kosnya jauh lebih rendah berbanding LRT.
"Namun timbul persoalan, mengapa projek LRT di Pulau Pinang telah dimulakan, sedangkan permohonan Johor bagi ART yang lebih murah masih belum diluluskan," katanya
Mohd Fazli memberitahu sebahagian jajaran awal bagi ART telah dikenal pasti melalui kajian awal kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Beliau menjelaskan cadangan ART telah memasuki proses tender terbuka untuk penilaian tander dan disyorkan (UKAS) dan telah selesai pada Julai lalu.
Pada 14 Mei tahun lalu, Mohd Fazli dilaporkan berkata Johor memilih pembinaan ART di pusat bandar Johor Bahru, membabitkan tiga jajaran dengan jarak lebih 50 kilometer dengan 32 hentian stesen.
Anggaran kos bagi pembinaan sistem pengangkutan awam itu hampir RM7 bilion .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge