ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PDRM Tawar Diskaun Saman 70%, Pesalah Trafik Rasa Insaf Bila Bayar Saman Bawa Laju!

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-11-04-at-19.09.00.jpeg

Tawaran diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 70% bermula dari 1 November lalu sehingga 30 Disember ini,  membuatkan orang tidak melepaskan peluang untuk melunaskan kesemua saman tertunggak.

Penulis juga terpanggil untuk memeriksa saman tertunggak menerusi aplikasi MyBayar PDRM, rupa-rupanya saya sendiri mempunyai 1 saman atas kesalahan memandu laju. Selepas diskaun, saya cuma perlu membayar RM50 berbanding  kompaun asal sebanyak RM150. 

image.png

Bagi saya, inilah masa untuk ‘membersihkan rekod’ sebelum pelaksanaan sistem baharu pembayaran saman bermula tahun depan. 

Selain dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia yang berdepan situasi ekonomi tidak menentu, langkah tersebut sebenarnya menggalakkan orang ramai membayar saman. Walaupun belum menerima gaji bulanan namun penulis tetap nekad untuk membayar saman tertunggak walaupun ada masa untuk berbuat demikian.

image.png

Sebaik membuat bayaran, wujud perasaan insaf seketika. Mujur, tindakan saya memandu laju tidak meragut nyawa saya mahupun orang lain.  Bukan apa, sekiranya terbabas, sudah semestinya, tindakan saya sendiri membahayakan orang yang tidak bersalah.

Jika sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghentikan amalan pemberian tawaran diskaun saman trafik serta merta namun bagi pembayar seperti saya, ia sebenarnya cukup menginsafkan.

Kadang kala kami sebagai pesalah trafik bukannya enggan membayar saman tetapi disebabkan jumlah kompaun yang tinggi menyebabkan  perkara itu terpaksa diabaikan.

Perlu diingatkan, matlamat saman trafik bukanlah sekadar menghukum, sebaliknya mendidik dan menakutkan pengguna jalan raya supaya tidak melanggar undang-undang.

Namun amaran keras yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sememangnya wajar dipuji memandangkan pemberian diskaun hanya ditawarkan  pada tahun ini memandangkan bermula tahun depan, kerajaan sudah memutuskan pendekatan baharu itu akan menggantikan amalan pemberian diskaun saman.

image.png

Ini kerana prinsip baharu “The Less You Delay, The Less You Pay” akan diperkenalkan, di mana kadar kompaun lebih rendah akan dikenakan kepada mereka yang menjelaskan saman dengan segera.

“Struktur pengurangan kompaun yang ditetapkan iaitu dari satu hingga 15 hari pengurangan 50 peratus diberikan, manakala dari 16 hingga 30 hari, pengurangan diberikan sebanyak 33 peratus.

“Bagi mereka yang melengahkan 31 hingga 60 hari, kadar maksimum kompaun akan dikenakan dan bagi yang lewat 61 hari ke atas tindakan mahkamah akan diambil atau disenarai hitamkan,” katanya.

Bagi saya, selagi kerajaan menawarkan pemberian diskaun saman, bayarlah segera kerana ia adalah satu kerugian besar buat pesalah trafik sekiranya peluang yang diberikan oleh kerajaan tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.

Terdahulu Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan potongan 70 peratus saman trafik oleh PDRM bagi memberi kelegaan kepada orang ramai.

Langkah itu sebagai langkah terakhir sebelum pelaksanaan kaedah baharu pembayaran saman bermula 2026.

Bagaimanapun Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata diskaun tersebut tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC).

Ujarnya, selain itu, tawaran pengurangan terbabit adalah tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum iaitu RM30 sahaja.

Urusan penyelesaian boleh dilakukan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID, serta di semua kaunter trafik daerah dan pejabat pos Malaysia di seluruh negara.





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7298

SELANGOR

BSQ8606

JOHOR

JYY8209

PULAU PINANG

PSD1520

PERAK

APJ2690

PAHANG

CFG7951

KEDAH

KGG5423

NEGERI SEMBILAN

NEK6708

KOTA KINABALU

SJS4392

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

30-01-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

28-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026
Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.