- Berita
- Berita Auto
- Proton Saga Laku Teruk: Dalam 5 Hari, Terima 10,000 Tempahan, 1 tempahan setiap 43 saat
Proton Saga Laku Teruk: Dalam 5 Hari, Terima 10,000 Tempahan, 1 tempahan setiap 43 saat

Percaya atau tidak, Proton Saga Serba Baharu menerima 10,000 tempahan dalam tempoh lima hari sejak harga anggaran diumumkan, baru-baru ini.
Permintaan luar biasa ini bersamaan 2,000 tempahan sehari, 83 setiap jam, atau satu tempahan baharusetiap 43 saat sekali gus menggambarkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap evolusi terbaharu sedankesayangan mereka daripada PROTON.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa berkata, Proton Saga Serba Baharu bukan sekadar sebuah kereta sebaliknya merupakan simbol kemajuan negara yang diolah semula untuk generasi baharu.
"Pencapaian 10,000 tempahan hanya dalam lima hari amat kami hargai dan memberi inspirasi kepada kami, dan kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan mereka.
“Bagi memastikan pelanggan dapat merasai pengalaman memandu Saga Serba Baharu secepat mungkin, pasukan pengeluaran kami di Tanjong Malim telah bekerja keras untuk meningkatkan kapasiti bekalan, dengan penyerahan kereta kepada pelanggan." katanya.

Proton Saga sentiasa mendapat tempat kerana ia ditawarkan pada harga mampu milik iaitu antara RM40,000-RM50,000 selain menawarkan prestasi, pelbagai teknologi dan ciri keselamatan.
Dari segi trenkuasa, ia dismbat dengan enjin i-GT 1.5L serba baharu dan dipadankan dengan Transmisi Bervariasi Berterusan (CVT) yang lancar dan jimat bahan api.


Selain itu, menjengah bahagian kabinnya, kereta ini menampilkan paparan skrin berkembar bersepadu 16-inci. Lebih menarik, ia turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, menonjolkan komitmen PROTON terhadap mobiliti pintar dan terhubung.
Aspek keselamatan turut dipertingkat dimana ia dilengkapi dengan sembilan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Ia juga didatangkan dengan enam beg udara, bagi memastikan perlindungan komprehensif dan keyakinan memandu yang lebih tinggi.


Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan bagi sedan paling ikonik di Malaysia ini, anda boleh kunjungi mana-mana wakil jualan PROTON yang sah di seluruh negara.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang
Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!
04-03-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge