ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi nanti.

Memetik kenyataan di akhbar Sinar Harian, Baginda bertitah, sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh dikemukakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik, termasuk pelaksanaan sistem Autonomous Rapid Transit (ART) bertingkat atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.

image.png


“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan.

"Namun, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART,” titah baginda dalam HRH Crown Prince Of Johor.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah bahawa baginda memantau secara rapat perkembangan beberapa projek kesihatan utama di negeri Johor seperti Hospital Pasir Gudang yang lewat siap, isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta kelewatan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

RTS Link dijangka memulakan operasi penumpang menjelang Disember tahun depan, menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru ke Woodlands North di Singapura.Apabila beroperasi kelak, RTS Link akan menggunakan lapan set tren tanpa pemandu, setiap satu terdiri daripada empat gerabak dengan kapasiti membawa lebih 600 penumpang setiap tren.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF3521

SELANGOR

BSR4621

JOHOR

J4385J

PULAU PINANG

PSD6232

PERAK

APJ6748

PAHANG

CFH1024

KEDAH

KGG9197

NEGERI SEMBILAN

NEK8530

KOTA KINABALU

SJS9327

KUCHING

QAB1665P

Terakhir Kemas Kini 09 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2026
Berita Auto

30-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.

08-07-2026
Berita Auto

Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%

Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.

08-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000

Setahun Di Malaysia, Hyundai Manjakan Pelanggan Dengan Kempen 'Durian Runtuh Berganda-ganda'.

07-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Kes Pandu Melulu Naik 50%: Ini 3 Negeri Yang ‘Juara’ Carta Road Rage

Makin Ramai Pemandu ‘Gila’ Di Jalan Raya? JSPT Dedah Statistik Mengejutkan Enam Bulan Pertama!

07-07-2026
Berita Auto

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Tol Rawang & Federal Highway Dilanda Banjir

Kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.

06-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.