ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sah! Tiada Kes Isi Padu RON95 Kurang, - KPDN

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

"Tiada kes kekurangan isi padu RON95 dikesan,!

Itu kata Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam.

Memetik laporan Bernama, KPDN tidak mengesan sebarang kesalahan yang melibatkan kuantiti (isi padu) minyak petrol RON95, setakat ini.

Difahamkan, KPDN menjalankan pemeriksaan selepas menerima  aduan pengguna yang mendakwa kuantiti petrol yang diterima kurang daripada jumlah sepatutnya selepas pelaksanaan Program BUDI MADANI RON95.

KPDN telah membuat pemeriksaan rawak terhadap 2,282 dispenser RON95 di 584 stesen minyak pelbagai jenama, termasuk Stesen Minyak Utama, Stesen Minyak Mini, dan Stesen Minyak Mini Tanpa Jenama, bermula 3 hingga 9 November lalu.

"Pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua pam dispenser telah menjalani proses penentusahan (verification) dan tempohnya masih sah, memastikan ketepatan fungsi pam dispenser berada dalam ralat yang dibenarkan serta mengesan sebarang unsur manipulasi atau ketidakpatuhan teknikal oleh pengusaha stesen minyak.

"Sepanjang operasi dijalankan, tiada kesalahan yang melibatkan kuantiti (isipadu) minyak RON95 di bawah ralat maksimum yang dibenarkan dikesan," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, pemeriksaan berkala akan diteruskan dari masa ke masa, dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat unsur manipulasi atau ketidakpatuhan mengikut peruntukan undang-undang.

Mana-mana individu yang didapati bersalah mengurangkan kuantiti kepada pengguna boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972, yang memperuntukkan denda maksimum RM4,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, serta pelucutan hak ke atas alat timbang atau sukatan.

Pengguna yang mempunyai maklumat atau aduan boleh menyalurkannya melalui WhatsApp di 019-8488000 / 019-2794317, portal e-aduan@kpdn.gov.my atau pusat panggilan di talian 1-800-886-800.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU7184

SELANGOR

BSU5201

JOHOR

JG1465J

PULAU PINANG

PSG6018

PERAK

APM3984

PAHANG

CFJ1773

KEDAH

KGJ5296

NEGERI SEMBILAN

NEM3489

KOTA KINABALU

SJU6323

KUCHING

QAB7901P

Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Berita Auto

31-10-2025
Berita Auto

30-10-2025
Berita Auto

17-09-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

17-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.

21-10-2026
Berita Auto

SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

Kaji semula SARA dan BUDI95 Untuk Orang Kaya.

20-10-2026
Berita Auto

Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang

Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.

20-10-2026
Berita Auto

Malaysia Catat Sejarah: RoboVan Tanpa Pemandu Bakal Diguna

Van Logistik Tanpa Pemandu Pertama Bakal Diguna Di Malaysia.

20-10-2026
Berita Auto

Heritage Motor Exchange Asia 2026: 50 Kereta Klasik Dipamer

Heritage Motor Exchange Asia 2026: Tarikh, Tiket & Kategori Kereta.

20-10-2026
Berita Auto

Ada Berita Baik, Diskaun Tiket ECRL 30% Bulan Pertama Operasi Disember Ini

ECRL Mula Operasi Disember: Nikmati Diskaun Tiket 30%.

20-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.