Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Percaya atau tidak, Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima lebih 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.
Lembah Klang mencatat jumlah tempahan paling tinggi diikuti dengan bahagian selatan dan utara manakala permintaan dari Sabah, Sarawak dan pantai timur juga menunjukkan adanya peningkatan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya menghargai sokongan padu yang terus diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 dan kini Proton e.MAS 5.


“Setiap tempahan yang diterima melambangkan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan kami untuk menawarkan Proton e.MAS 5 dengan kualiti dan piawaian tertinggi.
"Sebagai pengeluar automotif nasional, kami akan terus komited untuk memastikan mobiliti elektrik menjadi lebih mudah diakses, boleh dipercayai dan relevan untuk semua," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Proton e.MAS 7 juga telah mencatat jualan sebanyak 7,413 unit, merangkumi 6,954 unit di pasaran tempatan dan 459 unit eksport setakat 31 Oktober lalu.


Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan untuk Proton e.MAS 5, yang ditawarkan dengan rebat pelancaran khas bernilai RM3,000 sehingga 31 Disember 2025, serta pakej pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM8,000* untuk tempoh masa terhad.
Pakej ini merangkumi pemasangan pengecas rumah 7kW percuma, data internet tanpa had selama lima tahun, serta pelbagai rebat dan manfaat pemilikan eksklusif yang direka untuk menjadikan pengalaman memiliki EV lebih berbaloi dan menyeronokkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 5, layari laman web rasmi Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge