Diskaun Saman Bakal Berakhir, Masih Ramai Tak Mampu Bayar Saman

Hari ini adalah 30 Disember 2025, dan tarikh keramat ini adalah hari tarikh terakhir untuk anda membayar saman tunggakan.
Seperti mana sedia maklum, bermula 1 November hingga 30 Disember ini, Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman sebanyak 70% manakala Jabatan Pengangkutan Jalan pula 50%.
Malangnya, walaupun diskaun yang diberikan itu agak besar namun bukan semua pesalah undang-undang mampu membayar saman apatah lagi sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.
Kebanyakan rakyat masih mencatu untuk membuat persiapan sekolah terutamanya bagi mereka yang memiliki anak yang ramai.

Terdahulu, Carz.com ada menulis artikel bertajuk "Tinggal 2 Hari Lagi Diskaun Saman 50%, Tak Bayar? Disenarai Hitam".
Berdasarkan laporan Carz.com, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan peringatan terakhir kepada pemilik kenderaan agar segera melunaskan saman tertunggak melalui Program Rancakkan MADANI dengan diskaun sebanyak 50% yang bakal tamat pada hari esok.
Bagi yang gagal membayar saman, nama pesalah akan disenaraihitamkan secara automatik dalam sistem JPJ.
Bukan itu sahaja, pesalah trafik juga akan menghadapi kesukaran untuk memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa kecewa kerana mereka masih tidak mampu membayar saman kerana tidak mampu di sebalik komitem lain.

Ada yang mendakwa, mereka nak makan pun susah, apatah nak bayar saman.
"Tak apalah kena senarai hitam, asalkan dapat belanja buat anak masuk sekolah,' tulis Rudi.

Seorang pengguna Facebook pula meninggalkan komen, tarikh akhir bayar saman 30 haribulan tetapi ada yang dapat gaji 7hb, bukan semua kerja kerajaan dapat gaji 26 haribulan.
"Kita mahu bayar saman dan anak anak tidak boleh beli buku dan pakaian.Aku rela di blacklist dpd anak tidak dapat sekolah. Setidak-tidak" nya anak kami boleh bersekolah lagi, Kalau anda? Sama-sama nasib dengan kami di bawah ini, tentu kamu rasa apa yang kami rasa," kata seorang lagi pengguna.

Malah, ada juga yang mengakui dia terpaksa mencatu duit apatah lagi hujung-hujung tahun cukai jalan pula yang mati.
"Aku nak bayar road tax, insurans motor RM210 pun puas bincang dengan isteri aku. Ikat perut juga sebab motor nak gerak, inikan nak bayar saman lagi. Nak ambil mana dah duit, tak larat nak pinjam merata," tulis Faizal.
Seorang lagi menulis:
"Nak kutip berapa banyak lagi? Kami ini susah, memang bagus diskaun 50%. tapi duit nak cari mana, kerja hari-hari, cukup untuk makan dan beli barang keperluan sahaja.
"Hidup sekarang susah, harga barang pun semua mahal, harap kerajaan faham keperitan rakyat, kalau boleh semua saman nak bayar tapi apakan daya, duit cukup makan je," kata Rosli.
Di sebalik komen yang ditinggalkan, penulis berpandangan kempen tawaran diskaun saman ini bukanlah jalan penyelesaian untuk pesalah trafik melunaskan saman tertunggak.
Ia lebih kepada langkah kutipan hasil sementara, dan bukannya dapat mendidik orang ramai mematuhi undang-undang jalan raya.

Selain mengadakan kempen diskaun, sudah tiba masanya kerajaan mencari alternatif lain agar semua rakyat Malaysia mampu membayar saman.
Misalnya bayar saman secara ansuran. Apa pula pandangan anda? Kongsikan!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat