- Berita
- Kereta Baru
- Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen
Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo sebelum dilancarkan secara rasminya pada suku pertama, tahun depan.
Kedua-dua unit pratonton ini dibawa masuk oleh Central Auto Distributors Berhad (CADB).
Dongfeng Vigo yang merupakan sebuah SUV elektrik kompak dijangka akan dijual sekitar RM100,000.
Model ini direka untuk kegunaan harian, dan disumbat dengan bateri berkapasiti LFP 51.87 kWh dan terdapat motor hadapan dimana ini membuatkan ia mampu memghasilkan kuasa setakat 133 hp dan 230 Nm. Model ini menawarkan jarak 350 KM mengikut WLTP.


Dongfeng Vigo ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 167 kW manakala pengecasan AC berada pada 7 kW. Menjengah luarannya, ia hadir dengan lampu hadapan LED adaptif, pintu but jenis elektrik dan dipasang dengan rim 18 inci.

Menjengah bahagian kabinnya, Vigo hadir dengan pelbagai ciri seperti skirn infotainmen bersaiz 12.8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, terdapat kluster digital 8.88 inci, tempat duduknya pula hadir dengan fungsi pemanas, ada pengecasan tanpa wayar serta pencahayaan ambien dan banyak lagi.
Mengenai ruang butnya, ia seluas 500 liter.


Mengenai ciri-ciri keselamatannya, ia hadir dengan sistem ADAS dimana terdapat Brek Kecemasan Autonomi, bantuan kekal lorong, sistem kamera 540 darjah dan banyak lagi.




Sementara itu, Dongfeng 007 pula merupakan dijangka akan dijual ekitar RM130,000. Ia sudah pun membuat penampilan secara global baru-baru ini.

Difahamkan, ia akan hadir dengan tiga varian iaitu AWD Performance, serta dua pilihan RWD — Premium dan Prestige.
Berdasarkan varian, masing-masing hadir denga kapasiti bateri antara 58.35 hingga 73.48 kWh, dengan jarak CLTC antara 550 hingga 650 KM. Semua varian menyokong pengecasan DC 200 kW.
Varian Performance ini menghasilkan kuasa setakat 544 hp dan tork 620 Nm. Ia mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam 3.9 saat. Malah varian Premium juga boleh tahan kerana ia pula menghasilkan kuasa 268 hp manakala ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5.8 saat.

Bagaimanapun, varian Prestige pula sedikit berbeza. Varian ini agak mampu milik dan menghasilkan kuasa setakat 133 hp tetapi tetap mengekalkan jarak pemanduan yang sama. Ia adalah sebuah model yang menumpukan kepada prestasi dan juga keselesaan pemanduan.


Mengenai kabinnya, ia menggabungkan susun atur minimalis dengan sentuhan premium seperti kulit vegan, skrin infotainmen 15.6 inci,ada sambungan CarPlay/AA tanpa wayar, tempat duduk berkuasa untuk pemandu dan penumpang, serta sistem audio WANOS 19 pembesar suara bagi varian lebih tinggi.
Ia juga hadir dengan cermin tanpa bingkai, bumbung panoramik dan pemegang pintu jenis rata yang sebenarnya menyerlahkan lagi identiti premiumnya manakala ruang but pula seluas 1,026 liter.


Pendek kata, Vigo dan 007 mewakili usaha CADB untuk untuk meletakkan Dongfeng sebagai pencabar kepada EV lain. Dengan model BOX kompak yang telah dilancarkan pada 2024, pratonton ini menyerlahkan strategi barisan produk lebih lengkap daripada EV bandar mampu milik hingga model prestasi elektrik berkuasa tinggi.


Harga penuh dan spesifikasi akan disahkan semasa pelancaran rasmi nanti termasuk rancangan pemasangan tempatannya namun pratonton awal ini sudah pun meletakkan Dongfeng sebagai jenama yang perlu diperhatikan memandangkan EV Malaysia kini melangkaui era bebas cukai.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat