- Berita
- Berita Auto
- Jalan Sesak, Lebih 2.2 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Sempena Cuti Sekolah, Krismas
Jalan Sesak, Lebih 2.2 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Sempena Cuti Sekolah, Krismas

Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena cuti penggal akhir persekolahan dan perayaan Krismas bermula hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata angka itu berdasarkan trend musim perayaan besar direkodkan sebelum ini, ditambah dengan penganjuran Pesta Pulau Pinang dari 6 Disember hingga 10 Januari 2026.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan dua juta kenderaan dalam tempoh seminggu akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara pada waktu puncak musim perayaan termasuk laluan ke Pulau Pinang.
"Trend musim perayaan besar 2025 menunjukkan Pulau Pinang biasanya menerima sekitar 2.2 juta kenderaan masuk atau melintasi melalui jambatan pertama atau kedua Pulau Pinang," katanya kepada Bernama.
Situasi itu akan menyebabkan beberapa laluan mengalami kesesakan teruk, terutamanya di pintu masuk utama jambatan Pulau Pinang dengan aliran trafik dijangka sangat tinggi pada hari ini dan esok susulan diskaun 50 peratus kadar tol oleh kerajaan.
Beliau menjangkakan keadaan sama di susur keluar Juru dan Sungai Dua disebabkan pertembungan aliran kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), peningkatan kenderaan di George Town akibat kedatangan pelancong selain Jalan Air Itam dan Jalan Green Lane kerana laluan utama ke Batu Ferringhi.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang waktu perjalanan bagi mengelakkan terperangkap kesesakan waktu puncak selain berwaspada dengan risiko hujan lebat yang boleh menyebabkan insiden seperti pokok tumbang. – B
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge