ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image---2025-12-28T104530.011.jpg


Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan semua pemilik agar tidak memandang remeh aspek pemasangan pengecas di rumah. Setiap peralatan mestilah datang daripada pembekal yang diiktiraf dan mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Apakah Standard Yang Wajib Dipatuhi Untuk Pemasangan Pengecas EV?


Kineta.jpg


Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, setiap unit pengecas mestilah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Beliau menegaskan pemasangan perlu mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf secara tempatan: 

  • Standard Teknikal: Wajib mematuhi MS IEC 61851 dan MS IEC 62196.
  • Penyeliaan: Kepatuhan terhadap standard ini dipantau secara ketat oleh Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan kualiti pendawaian dan alat peranti.

Juga Menarik: Pemilik Tesla Buat Sambungan Pelik, TNB Dapat Tahu Sebab Meter Hantar Isyarat?


Apakah Pula Nasihat TNB Mengenai Sistem Pengecasan Di Rumah?


image---2025-12-28T104454.665.jpg


Dalam isu membabitkan EV dan pengecas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum ini pernah mengeluarkan nasihat susulan peningkatan laporan mengenai kes fius cut-out terbakar dan kerosakan pada perumah fius di kediaman jenis fasa tunggal (single-phase). Hasil siasatan TNB mendapati punca utama masalah ini adalah:

  • Beban Melampau: Pengecas rumah sering dikendalikan pada output penuh tanpa mengambil kira kapasiti beban elektrik keseluruhan rumah tersebut.
  • Had Fasa Tunggal: Sebuah rumah fasa tunggal yang sedia ada mempunyai beban 5 kW tidak mampu menampung pengecas 7 kW dengan selamat.

TNB sangat menyarankan pemilik EV untuk menaik taraf bekalan elektrik rumah kepada tiga fasa (three-phase). Ini bagi memastikan agihan elektrik yang lebih seimbang dan mengurangkan risiko litar pintas atau haba berlebihan.


Bagaimana Cara Cas EV Dengan Selamat Jika Masih Guna Bekalan 'Single-Phase'?


Bagi pemilik yang masih menggunakan bekalan elektrik fasa tunggal, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikut:

  • Turunkan Arus (Current): Laraskan tetapan pengecasan pada kenderaan anda kepada tahap yang lebih rendah.
  • Kurangkan Amperage: Tukar output daripada 32A kepada sekitar 20A sahaja.
  • Output Lebih Stabil: Langkah ini akan menghasilkan kuasa sekitar 4 kW. Walaupun lebih perlahan, ia sudah memadai untuk pengecasan semalaman serta yang paling penting, mengurangkan tekanan terhadap sistem pendawaian rumah anda.

Dalam Kes Terbaru Membabitkan Dua EV Ini, Adakah Kebakaran Berpunca Daripada Sistem Pengecasan?


image---2025-12-28T104554.076.jpg


Ramai netizen membuat spekulasi bahawa punca kebakaran dua buah EV yang didakwa membabitkan model XPeng G6 dan BYD Seal di sebuah parkir rumah ini adalah disebabkan aktiviti pengecasan. Namun, hasil siasatan awal bomba mendedahkan fakta berbeza: 

  • Bukan Sedang Dicas: Kenderaan tersebut disahkan bukan dalam keadaan sedang dicas ketika api mula marak.
  • Perbezaan Masa: Kebakaran berlaku beberapa jam selepas proses pengecasan selesai, sekali gus menolak dakwaan bahawa pengecas sedang ‘bekerja’ melampaui had ketika itu.

Juga Menarik: Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia


Bagaimana Cara Memastikan Pemasangan Pengecas Di Rumah Benar-benar Selamat?


489698757_643000271928633_8770286222835239315_n.jpg


Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, menyarankan pemilik agar sentiasa merujuk kepada pakar. Langkah-langkah keselamatan termasuk:

  • Guna Juruteknik Kompeten: Pastikan pemasangan dilakukan oleh kontraktor atau individu yang disenaraikan sebagai "juruteknik kompeten" oleh Suruhanjaya Tenaga.
  • Pasang Pengesan Asap: Letakkan alat pengesan asap berhampiran poin pengecasan untuk amaran awal.
  • Pemeriksaan Berkala: Sambungan wayar boleh menjadi longgar mengikut peredaran masa, yang meningkatkan risiko haba berlebihan (overheating).

Adakah Undang-undang Pengecas EV Akan Diperketatkan Lagi?


Untitled-design---2025-09-11T122811.787.png


Setakat ini, peraturan sedia ada lebih tertumpu kepada kawasan awam. Walau bagaimanapun, Datuk Seri Nor Hisham menyatakan sebarang cadangan untuk memperluaskan perlindungan undang-undang bagi pengecas EV (termasuk di kediaman peribadi) akan dikemukakan melalui rangka kerja Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (JKK Pemandu) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE9504

SELANGOR

BSR4071

JOHOR

JYB9440

PULAU PINANG

PSD5490

PERAK

APJ6114

PAHANG

CFH162

KEDAH

KGG8526

NEGERI SEMBILAN

NEK8256

KOTA KINABALU

SJS8529

KUCHING

QAB1519P

Terakhir Kemas Kini 06 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.