Projek Lebuhraya Trans Borneo Bermula Tahun Depan,- Menteri

Nampaknya, Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), dijangka bermula suku pertama tahun hadapan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata jajaran sepanjang 4.951 kilometer (km) yang sebelum ini dikenali sebagai Pakej Kerja 12 Miri di bawah Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 (LPB2), pada masa ini dalam fasa prapembinaan.
"Projek LPB2 kini dikenali sebagai Projek LTB dan Projek Northern Coastal Highway (NCH). Projek LTB ialah projek kerajaan Persekutuan dan sedang melalui proses tender perolehan.
"Pembinaan fizikal bagi Seksyen Miri Lebuhraya Trans Borneo dijangka bermula pada suku pertama 2026," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini hari ini.

Nanta turut menjelaskan bahawa Pakej Kerja 13 (Limbang) dan Pakej Kerja 14 (Lawas) ialah jajaran baharu yang menjadi sebahagian daripada projek NCH yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) di bawah seliaan Kerajaan Negeri Sarawak.
Dalam pada itu, beliau berkata Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak yang merangkumi jajaran sepanjang 786km telah mencapai 99.98 peratus kemajuan keseluruhan setakat Oktober lalu, dengan 10 daripada 11 pakej kerja siap sepenuhnya dan telah dibuka secara berperingkat untuk kegunaan rakyat.
"Keseluruhan Pakej Kerja WPC 11 tidak dapat disiapkan pada 2025 seperti jadual asal kerana terdapat keperluan kritikal untuk menukar paip air sedia ada milik Sarawak Water Sdn Bhd sebelum kerja menaik taraf jalan sepanjang 4.2km itu dapat dilaksanakan.
"Penukaran paip ini perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan gangguan bekalan air ke bandar Miri serta mengelakkan risiko kerosakan jalan pada masa hadapan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR
Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.
09-12-2025
SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan
Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.
08-12-2025
Projek Siapkan MEX II Dianggarkan RM449 Juta, Kos Mungkin Naik
Kos bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dianggarkan berjumlah RM449 juta.
03-12-2025
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat