BMW M4 CS Edition VR46 – Serlah Personaliti Valentino Rossi, Terhad 46 Unit
Sofea Najmi
25-2-2025
Nama Valentino Rossi cukup sinonim dengan dunia perlumbaan motosikal dengan nombor ikonik ‘46’ dan gelaran ‘The Doctor’. Namun, sejak persaraannya daripada MotoGP pada penghujung tahun 2021, pelumba Itali ini telah beralih ke perlumbaan kereta dan kini merupakan pelumba rasmi BMW M, mengendalikan jentera BMW M4 GT3 Evo.
Walaupun masih agak baru dalam dunia perlumbaan kereta, pada awal Februari baru-baru ini, Rossi telah berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan Bathurst 12 Hours di Australia dengan jentera tersebut. Menariknya, bulan ini juga iaitu pada 16 Februari lalu ialah ulang tahun kelahiran Rossi yang ke-46.
Sebagai penghormatan kepada juara dunia sebanyak sembilan kali ini, BMW M memperkenalkan model edisi khas BMW M4 CS Edition VR46, yang hadir dalam dua pilihan kemasan iaitu ‘Sport’ dan ‘Style’. Setiap varian hanya ditawarkan sebanyak 46 unit, yang juga nombor perlumbaan Rossi.
Edisi Khas dengan Sentuhan Peribadi Rossi
Mengulas mengenai model istimewa ini, Rossi berkata, “Tiada jenama lain yang mempunyai DNA perlumbaan sehebat BMW M. Saya berbangga menjadi pemandu rasmi BMW M, dan kini, lebih istimewa apabila dapat terlibat secara langsung dalam reka bentuk edisi khas VR46 ini.”
Hasilnya, kedua-dua varian ‘Sport’ dan ‘Style’ tampil dengan elemen reka bentuk yang cukup unik dan jelas mencerminkan personaliti Rossi.
- Sport: Menampilkan warna Marina Bay Blue Metallic dengan nombor ‘46’ bersaiz besar di bahagian sisi dalam tona Tanzanite Blue Metallic.
- Style: Hadir dengan skema warna Frozen Tanzanite Blue Metallic dan Frozen Marina Bay Blue Metallic untuk aura lebih eksklusif.
Reka Bentuk Ikonik Dengan Butiran Eksklusif
Selain itu, kedua-dua varian dilengkapi dengan perincian kuning terang pada beberapa sudut, mencerminkan personaliti Rossi yang sinonim dengan warna ini.
Perincian warna kuning dapat dilihat pada bingkai gril ‘kidney’, bahagian atas pintu, serta salah satu jejari V pada rim tempaan M. Angkup brek dan grafik khas pada bumbung karbon juga mendapat sentuhan warna serupa.
Bahagian kabin turut menyerlah dengan kerusi bucket M Carbon dalam balutan kulit yang diberikan kombinasi warna biru dan kuning. Stereng pula dibalut Alcantara dengan garis tengah berwarna kuning, manakala konsol tengah karbon menempatkan plak khas yang menunjukkan nombor siri eksklusif daripada kesemua 46 unit.
Suspensi Dipertingkat, Enjin Berprestasi Tinggi
Edisi VR46 bukan sekadar tampil dengan ciri rekaan menarik, malah turut menerima peningkatan pada aspek pengendalian. Ia menerima talaan khas pada sudut camber roda, spring tambahan, bar anti-olengan, peredam adaptif, serta sistem stereng dan brek yang diberikan talaan semula.
Jentera ini mengekalkan enjin 3.0L enam silinder sebaris turbo dari model M4 CS standard, menghasilkan 542 hp dan 650 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 8-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (xDrive), membolehkannya memecut 0-100 km/j dalam hanya 3.4 saat.
Harga Masih Menjadi Tanda Tanya
BMW M masih belum mengumumkan harga rasmi bagi BMW M4 CS Edition VR46, namun ia dijangka akan dipasarkan pada harga lebih mahal berbanding model asas M4 CS. Sebagai perbandingan, harga BMW M4 Competition M xDrive di Malaysia bermula dari RM878,800 (RM930,900 dengan BS & RI).
Pengalaman Eksklusif Bersama Valentino Rossi
Sebagai bonus, setiap pembeli model edisi khas ini akan dijemput menyertai pengalaman eksklusif selama dua hari di kampung halaman Rossi di Tavullia, Itali. Ini termasuk sesi makan malam BBQ bersama Rossi sendiri, diikuti dengan sesi litar di Misano World Circuit yang terletak berdekatan.
Baca: BMW M4 & 430i Coupe 2024 Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM870,800 & RM465,800
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC8374
SELANGOR
BSE6294
JOHOR
JXX1040
PULAU PINANG
PRQ5332
PERAK
ANV5816
PAHANG
CFB7310
KEDAH
KGA5238
NEGERI SEMBILAN
NEF8241
KOTA KINABALU
SJK8571
KUCHING
QAB3438L
Terakhir Kemas Kini 14 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
-0.08
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
-0.08
EURO 5 B7
RM 3.00
-0.08
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Berita Berkaitan
Superbike BMW Ini Boleh Capai 314 KM/J –Dari RM289K!
Segalanya yang anda perlu tahu tentang superbike yang meluncur seperti peluru.
11-09-2023
BMW M2 Dan iX M60 Kini Rasmi Di Malaysia - Harga Dari RM598K
Ini segala yang anda perlu tahu tentang dua model baharu dalam barisan kereta prestasi M, BMW M2 dan BMW iX M60.
05-08-2023
Koleksi Motorsport AW 2023 Puma Di Pasaran 15 Ogos Ini
Puma mengumumkan koleksi pakaian Motorsports terkini untuk Musim Luruh/Musim Sejuk (AW) 2023.
04-08-2023
BMW M2 2023 Kini Mendarat Di Malaysia – 454HP, Pakej Pro Ditawarkan, Harga Dari RM598K
BMW Malaysia telah melancarkan BMW M2 generasi kedua serba baharu secara rasmi.
18-01-2023
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
BMW Malaysia Umum Harga Terkini Tahun 2023: EV iX Kini Naik RM24K, M3 Naik RM30K
BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga rasmi yang terbaharu bagi tahun 2023 dengan kenaikan sehingga RM30,000
26-01-2023
Berita Terkini
Ketibaan Perodua D668 Ditangguh Sebab EV Perodua
Ketibaan D66B atau ‘Nexis’ ditangguh lagi.
14-05-2025
Kes Langgar Gajah, Kali Ini Di JB-Mersing
Mujur, pasangan suami isteri dan gajah yang dilanggar selamat.
14-05-2025
Kes Anak Gajah Mati Dirempuh Lori: KKR Arah Semak Semula Lokasi Lintasan Hidupan Liar
KKR akan mengarahkan semakan semula supaya tindakan lanjut boleh diambil.
14-05-2025
Operasi inDrive, Maxim Dihentikan: Patuhilah Undang-Undang Malaysia Kalau Nak Operasi!
TPAD kecewa berhubung arahan MOT yang meminta dua penyedia e-hailing antarabangsa, inDrive dan Maxim, menghentikan operasi memandangkan pekerjaan itu adalah punca pendapatan bagi pemandu di luar bandar.
14-05-2025
Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K
Sepasang suami isteri parah gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara.
14-05-2025
Subsidi Bersasar RON95: Semuanya Bergantung Pada Ekonomi Semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95.
13-05-2025
KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar
Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.
13-05-2025
9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak
Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.
13-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat