ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton S70 Berjaya Tambat Hati Rakyat M'Sia Sebab Harga Mampu Milik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dalam tahun 2024, Proton S70 telah berjaya mendominasi pasaran automotif Malaysia dalam segmen C sehingga mendahului pesaing sedan terdekatnya sebanyak 8,470 unit.

Segmen ini sebenarnya telah lama didominasi oleh jenama-jenama kereta dari Jepun selama berdekad-dekad namun, S70 yang dilancarkan pada November 2023, berjaya menambat  hati rakyat Malaysia.

Untuk itu, Proton S70 terus mengekalkan momentum lebih 1,000 unit sejak awal 2024, dengan 1,143 unit terjual pada Januari dan 1,197 unit pada Februari. 

image.png

Dengan 18,880 unit terjual pada tahun lalu, pemimpin segmen-C ini mendahului pesaing sedan terdekatnya sebanyak 8,470 unit, manakala jualan tertinggi dicatatkan pada Februari 2024, iaitu 2,290 unit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, “Proton S70 bukan sekadar bersaing, tetapi turut menerajui jualan sedan segmen-C di Malaysia.

"Ia  menawarkan alternatif yang cukup menarik kepada generasi baharu pembeli kereta Malaysia, selain membuktikan bahawa nilai, prestasi, dan gaya boleh wujud bersama dalam satu pakej yang luar biasa,” katanya.

image.png

Model ini semakin diminati kerana menawarkan pengalaman segmen-C pada harga segmen-B.

Proton S70 membezakan dirinya dengan enjin turbo 1.5L (150PS, 226Nm) dan transmisi klac dwi 7-kelajuan, memberikan keseimbangan sempurna kuasa, kecekapan, dan keseronokan pemanduan. 

Ruang dalaman yang luas, ciri keselamatan ADAS yang canggih, dan kos pemilikan yang rendah berbanding pesaing Jepun.

image.pngimage.png

Sementara itu, kajian yang dijalankan ke atas hampir 200 pembeli S70 mendapati bahawa sejumlah pemilik tidak mempertimbangkan model lain, kerana mereka melihat S70 sebagai produk yang istimewa dalam kategorinya.

Walaupun ada pembeli yang mempertimbangkan model Jepun lain, pakej lengkap Proton S70 akhirnya menjadi pilihan utama.

image.png

Selain daripada tawaran nilai yang berbaloi, S70 turut menawarkan pelbagai  teknologi canggih dan ciri keselamatan.

Malah, hasil tinjauan turut menunjukkan 56% responden memilih S70 kerana harga yang mampu milik berbanding jenama lain. 

Jika dikaji dengan lebih teliti, 46% pembeli tertarik kepada reka bentuk kabin yang menarik, 41% menyukai reka bentuk luaran yang menawan, dan 40% memuji penghantaran kuasa yang lancar.

The-Buka-Lembaran-Baharu-promotion-offers-something-for-every-car-buyer-(1).jpg

Jika anda berminat untuk membeli Proton S70, Proton ada melancarkan promosi Buka Lembaran Baharu sepanjang bulan ini, dimana Proton menawarkan rebat tunai sehingga RM8,000 kepada pembeli Proton S70. 

Untuk itu, pembeli model Flagship X juga akan menerima Aerokit percuma bernilai RM3,130, dan tambahan RM2,000 tersedia untuk sokongan tukar beli, menghasilkan nilai pakej keseluruhan berpotensi sebanyak RM13,000.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5204

SELANGOR

BSN7631

JOHOR

JYU1405

PULAU PINANG

PSB1295

PERAK

APG3874

PAHANG

CFG569

KEDAH

KGF514

NEGERI SEMBILAN

NEJ9258

KOTA KINABALU

SJR1924

KUCHING

QAB4971N

Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

14-02-2026
Kereta Baru

16-12-2025
Berita Auto

29-11-2025
Global

22-09-2025
Berita Auto
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto
Gaya Hidup

25-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.