DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, insiden terbabit berlaku jam 4.28 petang.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan SUV yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, yang sedang bergerak di lorong tengah melanggar sebuah kereta jenis sedan dari arah belakang.
"Pelanggaran itu menyebabkan sedan berkenaan turut melanggar sebuah lagi SUV yang sedang bergerak di lorong kanan.
JAIS siasat senaman aerobik berpakaian tidak sopan di Bukit Badong
"Akibat pelanggaran itu, SUV yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu hilang kawalan, terbabas ke pembahagi jalan dan terbakar," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Zamzuri berkata, kemalangan turut membabitkan dua lagi pemandu masing-masing lelaki tempatan berusia 69 tahun dan lelaki tempatan berusia 21 tahun.
"Kedua-dua pemandu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu SUV mengalami sakit di bahagian dada dan sudah menerima rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, ujian Evidential Breath Analyze (EBA) untuk mengesan kandungan alkohol juga telah dijalankan keatas pemandu SUV dan menunjukkan keputusan negatif.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Dalam pada itu, Zamzuri berkata, orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: HARIAN METRO
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge