Gajikan Pemandu Lori Sampah Warga Asing, Ini Amaran JPJ!

Masih ada pemilik syarikat kontraktor pembersihan didapati ingkar apabila masih menggaji pemandu lori sampah dalam kalangan warga asing, walaupun amaran sudah diberikan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya sudah mengadakan libat urus bersama pemain industri bagi membincangkan isu itu.
Menurutnya, JPJ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana majikan yang menggajikan pemandu warga asing untuk membawa kenderaan perdagangan termasuk lori sampah.
"Kami menegaskan supaya kontraktor tidak menggaji warga asing sebagai pemandu. Gajikan pekerja yang mempunyai status sah dan lesen memandu yang diiktiraf pihak berkuasa," katanya pada sidang media Ops PEWA di JPJ Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Menurutnya, berdasarkan statistik operasi tahun sebelumnya, didapati ramai pemandu lori sampah dalam kalangan pekerja asing.
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk warga asing bekerja tetapi haruslah mengikut semua peraturan dan setiap garis panduan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.
Sumber: HARIAN METRO
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV2417
SELANGOR
BSU5691
JOHOR
JG2723J
PULAU PINANG
PSG6904
PERAK
APM4458
PAHANG
CFJ2068
KEDAH
KGJ5612
NEGERI SEMBILAN
NEM3735
KOTA KINABALU
SJU6604
KUCHING
QAB8105P
Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G
Sistem XWD JETOUR: Pemanduan Off-Road Kini Lebih Mudah.
22-10-2026
Aplikasi Navigasi TuJu 'Down' Selepas Isu Larangan Waze
Aps TuJu Terganggu: Ini Penjelasan LLM.
22-10-2026
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun
Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge