Ini Dia Hyundai Staria Camper EV Concept

Kenderaan motorhome dan campervan kembali mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan menyebabkan Hyundai turut menyertai trend tersebut.
Ini berikutan pengeluar automotif Korea itu telah mempamerkan campervan versi konsep baharunya pada pameran Caravan, Motor und Touristik Show di Jerman. Ia diasaskan daripada MPV elektrik baharu Staria Electric yang baru diperkenalkan.
Dikenalisebagai Hyundai Staria Camper Concept, Hyundai membangunkan campervan elektrik sepenuhnya ini bagi meneroka bagaimana MPV popularnya boleh “berevolusi menjadi kenderaan rekreasi premium yang disesuaikan untuk pasaran Eropah.”


Direka untuk pengembaraan luar, Staria Camper ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan perkhemahan, dengan dua yang paling menonjol ialah kanopi boleh tarik dan bumbung pop-out berkuasa elektrik.
Menariknya, Hyundai telah memasang panel solar berkuasa 520 watt pada bumbung tersebut, yang mampu menjana sehingga 2.6 kW tenaga elektrik sehari. Kadar tenaga itu dilihat sudah mencukupi untuk membekalkan kuasa kepada peralatan dalam kenderaan tanpa menjejaskan bateri pemanduan.
Satu lagi ciri unik konsep campervan ini ialah penggunaan kaca pintar boleh laras secara elektronik untuk privasi, di mana tingkap belakang boleh dikawal melalui panel kawalan skrin sentuh khusus yang membolehkan pengguna melaraskan tahap ketelusan dengan serta-merta.


Hyundai turut menyatakan bahawa kaca pintar ini menawarkan “peningkatan ketara dari segi perlindungan UV, penebatan haba dan bunyi berbanding kaca konvensional,” walaupun langsir tradisional turut disediakan sekiranya diperlukan.
Penambahan terakhir pada bahagian luaran Staria Camper ialah sambungan air dan elektrik yang terletak berhampiran lampu belakang, bagi memudahkan sambungan kepada sumber kuasa atau air luaran.


Menjengah kabinnya, Hyundai memberi penekanan besar terhadap kebolehsuaian reka bentuk, di mana tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipatuntuk menghasilkan ruang katil yang luas, mencukupi untuk dua orang dewasa berehat dengan selesa.


Turut disediakan kaunter panjang dengan sinki peti sejuk kecil, meja lipat, lampu khas serta beberapa ruang simpanan tambahan. Sementara itu, tempat duduk hadapan standard telah digantikan dengan dua unit boleh pusing bagi meningkatkan fleksibiliti susun atur dalaman.
Walaupun campervan elektrik sepenuhnya ini masih berada pada peringkat konsep buat masa ini, Hyundai menyatakan bahawa terdapat perancangan untuk menjadikannya model pengeluaran sebenar.
Syarikat itu kini giat mendapatkan maklum balas daripada “pelbagai kumpulan peminat perkhemahan, karavan dan pengembaraan dari seluruh Eropah dan kawasan lain.

Sekiranya konsep Staria Camper ini direalisasikan sebagai model pengeluaran, ia berpotensi menjadi alternatif menarik kepada campervan Eropah popular lain seperti Mercedes-Benz Vito, Volkswagen California dan banyak lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH4549
SELANGOR
BSR8671
JOHOR
JA8445J
PULAU PINANG
PSE1592
PERAK
APK1817
PAHANG
CFH2600
KEDAH
KGH2589
NEGERI SEMBILAN
NEL1429
KOTA KINABALU
SJT2473
KUCHING
QAB2481P
Terakhir Kemas Kini 25 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya
Ingat Enjin Petrol, Rupanya Ada Port Pengecas! Kelibat SUV 'Perodua QV-E' Berbalut Stiker Penyamaran Tular.
23-07-2026
RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat
Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.
22-07-2026
EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety
Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.
22-07-2026
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah
Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.
20-07-2026
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat