MPV Mewah No.1 Di Malaysia: Harga Denza D9 Tetap Kekal!
'
DENZA Malaysia mengesahkan bahawa harga DENZA D9 akan dikekalkan walaupun pengecualian cukai EV kerajaan ditarik balik pada tahun ini.
Ini bermakna, Denza D9 yang merupakan mewah No. 1 dan paling popular di Malaysia, akan terus ditawarkan pada harga RM259,000 bagi varian FWD manakala RM309,000 bagi varian AWD.
Apa yang cukup menarik, lebih 1,200 unit terjual dalam tempoh kurang setahun sejak pelancarannya pada Februari 2025,
Di sebalik ulang tahun pertamanya, DENZA Malaysia turut menawarkan ganjaran kepada pelanggan dengan keistimewaan pemilikan bernilai sehingga RM10,000 bagi varian FWD dan RM15,000 bagi varian AWD.

Keistimewaan ini merangkumi pengecas wallbox 22kW berkuasa tinggi percuma bersama pemasangan profesional, bernilai sehingga RM6,000, pakej servis percuma yang komprehensif selama 6 tahun atau 120,000km, bernilai sehingga RM5,000, serta jaminan kenderaan selama 6 tahun.
Bagaimanapun, tawaran ini ditawarkan untuk tempoh terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.
Mengimbas kembali, Denza D9 didatangkan dalam dua varian Advance FWD (RM259,000) manakala varian Premium AWD pula berharga (RM309,000).
Bagi varian FWD, ia menawarkan kuasa 308 hp (230 kW) dan 360 Nm dimana ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.5 saat dan kelajuan maksimumnya pula adalah sekitar 190km/j.
Sementara itu, Premium AWD yang mampu menghamburkan kuasa setakat 369hp dan 470nm pula mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat dan kelajuan maksimumnya juga 190km/j.

Kedua-dua varian Denza D9 disumbat dengan dengan bateri yang sama, iaitu 103.3kWh jenis BYD Blade LFP. Ia juga didatangkan secara standard dengan pengecasan AC 3-fasa 11kW dan menyokong kelajuan pengecasan DC sehingga 166kW.
Dari segi dimensi, ia berukuran 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi serta jarak roda 3,110 mm.
Melihat luarannya, ia kelihatan sedikit sama dengan Toyota Alphard namun Denza D9 sebenarnya ebih lebar daripada Alphard.
Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan infotainmen bersaiz 15.6 inci, kluster instrument 3D, ada pengecas wayarles, 14 speaker Dynaudio, meja jenis lipat, kesemua kerusi dibaluti dengan kulit Nappa, didatangkan dengan kerusi kapten dengan fungsi urut, 4 ISOFIX dan banyak lagi.


Mengenai ruang butnya, ia seluas 410 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruang butnya boleh menjadi lebih luas iaitu 2,310 liter.

Dari segi ciri keselamatan, ia juga sama dengan jenama BYD yang lain dimana Denza D9 didatangkan dengan Sistem ADAS sekali gus membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi Bilik Pameran Sah Premium DENZA .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP6710
SELANGOR
BST6147
JOHOR
JE690J
PULAU PINANG
PSF4736
PERAK
APL4145
PAHANG
CFH7023
KEDAH
KGJ204
NEGERI SEMBILAN
NEL7938
KOTA KINABALU
SJU467
KUCHING
QAB5461P
Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat