ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ops Khas LPT 1: Kereta Mewah Disita

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lagi kereta mewah disita.

Kali ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita enam kereta mewah dianggarkan bernilai RM1.5 juta atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat Karak, Pahang semalam.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata salah sebuah kenderaan mewah itu dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelak tindakan undang-undang.

"Hasil pemeriksaan mendapati kereta mewah itu menggunakan nombor pendaftaran yang tidak sepadan dengan rekod sebenar kenderaan, sekali gus menimbulkan syak terhadap cubaan mengelak tindakan penguatkuasaan," katanya pada sidang media.

image.png

Difahamkan, kenderaan terbabit turut melakukan kesalahan lain seperti tiada cukai jalan dan perlindungan insurans, sekali gus menjadikan kes itu antara pelanggaran paling serius dikesan sepanjang operasi.

Muhammad Kifli berkata, kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000, selain tindakan undang-undang lain berkaitan.

"Baki kereta mewah lain yang disita dalam Ops sama didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya antaranya tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan dan pelindungan insurans," katanya.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ1030

SELANGOR

BST6848

JOHOR

JE2469J

PULAU PINANG

PSF5412

PERAK

APL4621

PAHANG

CFH7304

KEDAH

KGJ1094

NEGERI SEMBILAN

NEL8362

KOTA KINABALU

SJU1209

KUCHING

QAB5610P

Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-09-2026
Berita Auto

09-09-2026
Berita Auto

08-09-2026
Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Caj e-Hailing KLIA?

Caj E-Hailing KLIA Diseragamkan RM2, Trafik Lebih Lancar.

16-09-2026
Berita Auto

33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman

Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.

15-09-2026
Berita Auto

JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut

Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?

Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.

14-09-2026
Berita Auto

Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.

4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi

14-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.