Patut Wajibkan Pasang Dashcam, Bukan Lagi Aksesori

Nampaknya, kamera papan pemuka (dashcam) mungkin tidak lagi sekadar aksesori pilihan, memandangkan ada pihak mendesak bahawa ia sepatutnya dijadikan sebagai peralatan standard dalam kenderaan, khususnya bagi kenderaan e-hailing dan kegunaan komersial.
Berdasarkan laporan akhbar The Star melaporkan desakan ini dibuat berikutan peningkatan penggunaan dashcam dalam merakam kemalangan dan insiden jalan raya yang mana ia mampu merakam dengan selain membantu menyelesaikan pertikaian serta mempercepatkan siasatan.
Susulan itu, Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia Berhad (VTAREC) mencadangkan pemasangan dashcam patut bermula daripada kenderaan komersial dan e-hailing sebelum diperluaskan kepada kereta persendirian baharu dan seterusnya kenderaan sedia ada.
Penyelaras VTAREC, Mas Tina Abdul Hamid, berkata dashcam telah pun membuktikan nilainya dalam penguatkuasaan dan kes insurans, terutamanya dalam insiden langgar lari, dengan merakam butiran penting seperti masa, lokasi dan pergerakan kenderan.
Beliau turut menyatakan bahawa ramai pemandu hanya memasang dashcam selepas terlibat dalam kemalangan, iaitu ketika rakaman tersebut paling diperlukan.
Ujarnya, pemasangan lebih awal sebenanrya dapat membantu melindungi pemandu daripada tuntutan palsu serta menyediakan bukti dengan segera selepas sesuatu insiden berlaku.
Menjawab kebimbangan mengenai manipulasi video menggunakan kecerdasan buatan (AI), Mas Tina berkata langkah perlindungan seperti penggunaan peranti selamat, penyulitan data dan prosedur pengendalian yang betul boleh membantu mengekalkan integriti rakaman dashcam.
Namun begitu, beliau menegaskan bahawa dashcam hanyalah alat sokongan, dan menyifatkan keselamatan jalan raya yang sebenar bergantung kepada pemanduan berhemah dan pematuhan terhadap undang-undang lalu lintas.
Sumber: THE STAR
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW8734
SELANGOR
BSU7665
JOHOR
JG7584J
PULAU PINANG
PSH1476
PERAK
APM6514
PAHANG
CFJ3150
KEDAH
KGJ6721
NEGERI SEMBILAN
NEM4739
KOTA KINABALU
SJU9077
KUCHING
QAB9209P
Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kerajaan Perlu Tawar Subsidi Untuk Beli Dashcam Sebab Bukan Semua Mampu Beli
Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk menawarkan pengecualian cukai atau subsidi untuk pembelian kamera papan pemuka bagi menggalakkan penggunaannya.
09-01-2025
Pemasangan Dashcam: Ini Penjelasan Menteri
Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' .
16-05-2024
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
