Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Tayar nipis atau 'tayar sotong' yang bahaya dikesan dalam operasi sempena tahun baharu (Sumber: BikesRepublic)
Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran di sekitar ibu kota, awal pagi 1 Januari.
Dalam operasi yang bermula jam 2.45 pagi itu, pihak polis tidak lagi sekadar memberi amaran, sebaliknya mengambil tindakan tegas menyita kenderaan yang diubah suai secara keterlaluan sehingga membahayakan nyawa dan mengganggu ketenteraman awam.
Apakah Pengubahsuaian Melampau Yang Dikesan Sepanjang Operasi?
Pihak berkuasa telah menyita 90 buah motosikal (Sumber: HMetro)
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, mendedahkan pihaknya menemui pelbagai pengubahsuaian ‘maut’ yang tidak mengikut piawaian keselamatan. Antara yang paling membimbangkan ialah:
- Tayar Sotong: Penggunaan tayar nipis yang tidak stabil untuk kegunaan di jalan raya.
- Tiada Brek Belakang: Komponen keselamatan asas ini sengaja dibuang untuk meringankan beban motosikal.
- Rim Custom: Penggunaan rim yang telah diubah suai sehingga menjejaskan struktur asal kenderaan.
Sebanyak 90 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pengubahsuaian yang melampau.
Kebanyakan yang ditangkap adalah golongan remaja yang berusia antara 15 hingga 19 tahun.
Apakah Punca Operasi Dijalankan?
Mohd Zamzuri mengesahkan operasi ini dilaksanakan selepas menerima banyak rungutan daripada penduduk setempat dan pengusaha hotel di pusat bandar ekoran gangguan bunyi yang berpunca daripada penggunaan ekzos bising yang diubah suai.
Motosikal yang disita akan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk ujian bunyi dan asap, serta pemeriksaan teknikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sumber: HMetro
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
