Proton X50 Serba Baharu Dilancarkan Di Brunei, 3 Varian
Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) memperkenalkan Proton X50 Serba Baharu di Brunei sebagai sebahagian daripada usaha memperluas pasaran eksport PROTON.
Bagi pasaran Brunei, Proton X50 Serba Baharu ditawarkan dalam varian Executive: B$27,499 (RM86,640) | X50 Premium: B$31,500 (RM99,255 | X50 Flagship: B$34,500 (RM108,663)
Naib Presiden Proton International Corporation Sdn. Bhd, Wan Wei berkata, Brunei merupakan pasaran luar negara pertama yang memperkenalkan Proton X50 Serba Baharu, mencerminkan keyakinan PROTON terhadap Brunei sebagai pasaran eksport serta kepercayaan terhadap kerjasama jangka panjang bersama PAD Motors. I
"Ia juga menekankan peranan penting Brunei dalam perjalanan antarabangsa PROTON. Dengan model seperti Proton X50, PROTON berada pada kedudukan yang kukuh untuk mencapai sasaran eksport 2026 dan mempercepatkan usaha ke arah aspirasi jangka panjang syarikat untuk mencapai 330,000 unit menjelang 2030, dengan 30% disumbangkan oleh pasaran eksport,” katanya.
Majlis pelancaran yang berlangsung semalam di Bandar Seri Begawan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Datuk’ Mohd Aini Antan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Wan Wei, Naib Presiden PICSB, Tan Kah Boon, Pengerusi Pad Motors Sdn. Bhd., serta Hambali bin Pehin Salleh, Rakan Kongsi Pengurusan PAD Motors.
Proton X50 Serba Baharu merupakan evolusi terkini bagi salah satu model eksport PROTON yang paling berjaya. Dengan penampilan luaran yang diperbaharui, dalaman yang lebih kemas serta ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang dipertingkatkan, Proton X50 dibangunkan untuk memenuhi jangkaan pelanggan antarabangsa yang semakin meningkat, selain mengekalkan kekuatan teras jenama dari segi prestasi, keselesaan dan nilai.
Berikut perincian Proton X50:
Enjin & Prestasi: Enjin baharu i-GT 1.5TD empat silinder turbo yang menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork, dipadankan dengan transmisi Dwi Klac (DCT) tujuh kelajuan yang dioptimumkan.Bahagian hadapan yang diperbaharui, lampu utama LED penuh, rim aloi dwi-tona 18 inci serta spoiler belakang sporty dengan empat muncung ekzos.
Kabin bergaya moden dengan konsol lantai terapung, pencahayaan ambien berirama 72 warna serta upholsteri kulit sintetik berkualiti tinggi.
Ciri Keselamatan & Bantuan Pemandu: Sistem ADAS Tahap 2 dengan sehingga 12 sensor parkir, termasuk kamera HD 360° dengan paparan bawah kenderaan lutsinar 180°, Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Stop & Go serta enam beg udara SRS.
Sehubungan itu, bagi tawaran awal, terdapat diskaun B$1,500 untuk 100 pelanggan terawal dan ia ddiatangkan dengan jaminan kenderaan selama lima tahun atau 150,000 km serta enam kali servis buruh percuma.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT6893
SELANGOR
BSP1875
JOHOR
JYU6760
PULAU PINANG
PSB3850
PERAK
APG5951
PAHANG
CFG1945
KEDAH
KGF2939
NEGERI SEMBILAN
NEK1140
KOTA KINABALU
SJR3575
KUCHING
QAB5431N
Terakhir Kemas Kini 17 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Nahas Berantai SUV Terbakar
Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.
07-04-2026
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang
Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!
04-03-2026
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.
26-02-2026
Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'
Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.
04-01-2026
Berita Terkini
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.
16-04-2026
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%
ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.
14-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat