Pusat Pameran Lee Motors Sudah Berpindah

BMW Group Malaysia mengumumkan pusat pameran Lee Motors kini dipindahkan ke Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Direka selaras dengan konsep Retail.NEXT, fasiliti yang seluas 50,000 kaki persegi ini menampilkan Ruang Jualan & Servis, Ruang Serahan, Ruang Hospitaliti serta Perkhidmatan Servis di Kenderaan (RATC).


Selain itu, ruang yang lebih luas membolehkan perancangan kapasiti masa hadapan, memastikan kemudahan ini mampu menampung pertumbuhan melebihi jumlah jualan tahunan semasa antara 200 hingga 250 unit serta memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di Kedah.

Pusat pameran ini juga menawarkan kemudahan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, termasuk Jualan, Servis, Alat Ganti, Servis Baik Pulih & Cat yang diiktiraf serta Perkhidmatan Kewangan untuk memastikan pengalaman pemilikan premium.
Dengan pasukan yang terdiri daripada 50 profesional merentasi pelbagai jabatan, Lee Motors kini lebih bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan baharu dan sedia ada, sambil mengekalkan standard perkhidmatan dan penjagaan pelanggan yang tinggi.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pemindahan pusat pameran itu bukan sekadar pengembangan, tetapi juga satu manifestasi falsafah Retail.NEXT kami, yang memperlihatkan gabungan automotif dan kemewahan kontemporari.
"Kami membawakan persekitaran yang berfokus pada pelanggan menerusi seni bina moden dan pendigitalan yang sofistikated. Lee Motors telah menjadi rakan perniagaan kami di Kedah selama lebih dua dekad.
"Evolusi mereka ke kemudahan yang lebih besar dan moden mencerminkan permintaan mobiliti premium yang semakin meningkat di rantau ini, serta jangkaan pelanggan yang kian berkembang terhadap standard pengalaman jualan automotif premium.
Pusat Pameran baharu Lee Motors yang telah dipindahkan terletak di 218, Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan Mergong II, 05150, Alor Setar, Kedah.
Pusat pameran ini beroperasi setiap hari dari 9:00 pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Ahad. Sementara itu, waktu operasi pusat servis adalah dari 9:00 pagi hingga 5:30 petang dari Ahad hingga Jumaat, kecuali pada hari Sabtu.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4817
SELANGOR
BSV2920
JOHOR
JH7610J
PULAU PINANG
PSH5424
PERAK
APN2130
PAHANG
CFJ4636
KEDAH
KGJ9130
NEGERI SEMBILAN
NEM6571
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB702Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge