Spek Zeekr 8X Didedahkan, Bateri 70kWj, Gerak EV 328KM

Hanya beberapa hari selepas imej teaser Zeekr 8X didedahkan, nampaknya kita telah memperoleh lebih banyak butiran mengenai Zeekr 8X yang akan datang, berikutan pemfailan yang dibuat oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT).
Berdasarkan data tersebut, SUV baharu ini dikatakan akan dikuasakan dengan kuasa hibrid plug-in (PHEV) 2.0 liter 4-silinder turbo yang sama seperti digunakan pada abang besarnya, Zeekr 9X.
Walaupun tiada butiran dikongsi mengenai konfigurasi motor elektriknya, enjin empat silinder tersebut sahaja mampu menghasilkan kuasa sebanyak 275 hp.


Untuk makluman, enjin empat silinder pada 9X boleh dipadankan dengan sehingga tiga motor elektrik yang digabungkan untuk menghasilkan kuasa sistem keseluruhan sehingga 1,381 hp, sekali gus menjadikannya antara SUV paling berkuasa di dunia.
Dari segi bateri, 8X PHEV akan ditawarkan dengan dua pilihan bateri litium ternari yang dibekalkan oleh usaha sama CATL-Geely.
Unit yang lebih kecil dinilai pada 55.1 kWh, manakala unit yang lebih besar mempunyai kapasiti keseluruhan 70 kWh masing-masing bersamaan dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya (WLTC) sejauh 256 km dan 328 km.
Buat masa ini, tiada butiran pengecasan dikongsi, namun sebelum ini kami dimaklumkan bahawa 8X akan menggunakan seni bina 900 volt yang sama seperti 9X, sekali gus membolehkannya menyokong keupayaan pengecasan ultra-pantas 6C.


Pemfailan MIIT turut mendedahkan beberapa elemen visual 8X tanpa balutan penyamaran.
SUV PHEV ini kelihatan seperti gabungan antara 9X dan Toyota Century SUV memandangkan ia hadir dengan gril hadapan yang besar dengan lampu hadapan LED berasingan, manakala LiDAR dipasang di bumbung.
Selain itu, ia juga dipasang dengan lampu belakang LED dua lapisan dengan jalur lampu penuh lebar, dan menawarkan enam pilihan roda bersaiz sehingga 22 inci, dan banyak lagi.

Diposisikan sebagai SUV bersaiz sederhana hingga besar yang berada di bawah 9X, Zeekr 8X mempunyai panjang 5,100 mm, lebar 1,998 mm dan tinggi 1,780 mm dengan jarak roda 3,069 mm.
Walaupun tiada butiran dalaman dikongsi setakat ini, CarNewsChina melaporkan bahawa 8X boleh dipilih sama ada dengan konfigurasi lima atau enam tempat duduk, dan susun atur kabin serta kelengkapannya dijangka sekurang-kurangnya setaraf dengan model Zeekr 9X.
Zeekr 8X sebelum ini telah disahkan akan membuat penampilan sulungnya pada separuh pertama tahun ini. Oleh itu, kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai SUV PHEV ini akan didedahkan menjelang tarikh pelancarannya nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge