ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Thaipusam: 12 Jalan Ditutup, Dilencong

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena  Thaipusam pada Ahad ini, sebantyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula hari ini  hingga Selasa ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata penutupan dan lencongan persimpangan jalan itu akan bermula pada 9 malam dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun H.S. Lee di sini menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.

image.png

Antara laluan terlibat adalah persimpangan Jalan Leboh Ampang/Jalan Perak, persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, persimpangan Jalan Tun Tan Cheng Lock/Jalan Sultan, persimpangan Jalan Sultan/Jalan Hang Jebat, persimpangan Jalan Sultan/Jalan Petaling dan persimpangan Jalan Sultan/Jalan Panggung.

Turut terlibat dengan penutupan dan lencongan ialah persimpangan Jalan Sultan/Jalan Tun H.S. Lee, persimpangan Jalan Hang Kasturi/Jalan Sultan Mohamed, persimpangan Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, persimpangan Jalan Raja Laut/Jalan Dang Wangi dan persimpangan Jalan Raja Laut/Jalan Sultan Ismail.

Sehubungan dengan itu, Mohd Zamzuri menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis trafik yang bertugas.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQK4064

SELANGOR

BSM1639

JOHOR

JYQ6303

PULAU PINANG

PRY2631

PERAK

APE7176

PAHANG

CFF295

KEDAH

KGE1443

NEGERI SEMBILAN

NEJ4096

KOTA KINABALU

SJQ281

KUCHING

QAB1507N

Terakhir Kemas Kini 30 Jan, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

Thaipusam: 12 Jalan Ditutup, Dilencong

Sempena Thaipusam pada Ahad ini, sebantyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula hari ini hingga Selasa ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati.

30-01-2026
Berita Auto

Kerajaan Teliti Diskaun Saman Untuk Kenderaan Asing

Kementerian Pengangkutan akan meneliti semula tawaran diskaun saman diberikan kepada kenderaan asing termasuk Thailand.

29-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

29-01-2026
Berita Auto

Pemilik Kenderaan Pendaftaran Asing Dikenakan Tindakan Jika Beli RON95

Kerajaan akan menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

29-01-2026
Berita Auto

Kenderaan Thailand Lakukan Pelbagai Kesalahan, JPJ Kutip RM5.59 Juta

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan sebanyak RM5.59 juta menerusi Ops Tunggak Kenderaan Thailand sejak 2023 hingga tahun lalu.

29-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.